Friday, March 31, 2023
23.2 C
Brunei

-

Terbabas ke parit cuba seludup 156 botol arak

Oleh Yusrin Junaidi
Gambar serahan PPDB

BANDAR SERI BEGAWAN, 12 MAC – Cubaan menyeludup 156 botol minuman keras dalam tiga buah kotak telah berjaya dipatahkan oleh Pasukan Polis Simpanan Kompeni C, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) dengan kerjasama Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) pada operasi rondaan dan pemantauan di Kampung Junjongan baru-baru ini.

Menurut kenyataan PPDB, dua orang suspek terdiri daripada seorang lelaki dan wanita warga tempatan berusia dalam lingkungan 36 dan 37 tahun turut ditahan dalam operasi itu yang dijalankan pada 10 Mac lalu.

Cubaan menyeludup itu terbongkar apabila sebuah kenderaan nampak dalam keadaan mencurigakan dan pihak polis segera mengejar kenderaan tersebut bagi menjalani siasatan awal.

Kenderaan bersama pemandu dan penumpang berjaya ditemui setelah ia terbabas ke dalam parit dan siasatan menemui beberapa kotak dipercayai mengandungi barangan tegahan berupa minuman keras.

Barangan tersebut dan dua suspek dibawa ke Balai Polis Limau Manis bagi menjalani siasatan awal dan kes ini diambil alih siasatannya oleh Jabatan Kastam dan Eksais Diraja bagi siasatan lanjut.

PPDB dan agensi penguat kuasa undang-undang lain akan terus komited menjalankan usaha membanteras, merisik serta membuat pemantauan berterusan ke atas sebarang kegiatan jenayah yang berlaku berhampiran sempadan-sempadan Negara Brunei Darussalam.

Kotak-kotak mengandungi minuman keras dalam kenderaan yang dirampas.
Kenderaan suspek terbabas ke dalam parit ketika dikejar polis.

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Otai impi meluncur ombak hingga usia 100

FUJISAWA, JEPUN, 30 MAC – Seorang warga emas membuktikan bahawa usia bukan penghalang untuk melakukan pelbagai aktiviti lasak seperti meluncur ombak. Seiichi Sano mula meluangkan...
- Advertisment -