Friday, April 26, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    ‘Tiada istilah tumpang tuah’

    Pelakon berbakat besar, Amar Baharin, menolak persepsi segelintir pihak yang menganggap dia menumpang tuah isterinya yang juga pelakon dan pengacara, Amyra Rosli untuk mendapat peluang dalam industri seni.

    Menurut Amar, mereka sebagai pasangan suami dan isteri saling membantu satu sama lain.

    “Kami berdua berada dalam industri yang sama. Seperti Amyra yang mencipta laluan kariernya sendiri, saya pula mencipta bahagian saya.

    “Kami saling membantu antara satu sama lain. Itu sahajalah. Tiada istilah tumpang-tumpang tuah,” katanya ketika sesi sidang media secara maya drama Biarkan Ia Pergi.

    Mengulas lanjut, pelakon drama Jodoh-Jodoh Annisa itu turut memberitahu, mereka berdua menjalankan tanggungjawab dengan baik dan masing-masing memainkan peranan untuk memastikan rumah tangga mereka sentiasa harmoni.

    Menurut Amar, mereka sebagai pasangan suami dan isteri saling membantu satu sama lain. – Agensi

    “Saya sebagai suami perlu memberi nafkah kepada isteri. Amyra pula sebagai isteri, ada tanggungjawabnya sendiri.

    “Alhamdulillah, kami berdua tidak mempunyai masalah dalam isu kerja kerana kami sentiasa berbincang sebelum menerima tawaran. Anak-anak juga perlukan perhatian kami,” tambahnya lagi.

    Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada November 2016 dan telah dikurniakan dua cahaya mata iaitu Aqeef Anaqi dan Ayra Aryssa.

    Menerusi drama terbaharu Biarkan Ia Pergi, Amar memegang watak sebagai Zaquan.

    Drama itu bersiaran menerusi slot Samarinda di TV3 mulai 11 Ogos. Antara pelakon lain yang turut membintangi drama tersebut adalah Isyariana, Zaki Azeman, Idzham Ismail, Lia Natalia dan Asha Merican. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Saintis China bina model 3D embrio manusia berusia 3 minggu

    BEIJING, 25 APRIL - Para saintis China membina semula model 3D embrio manusia dalam tempoh dua hingga tiga minggu selepas persenyawaan, yang membuka laluan...