Saturday, April 27, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Tiada rancangan pindah ke LIV – Cantlay

    LOS ANGELES, 28 JULAI – Pemain nombor empat dunia, Patrick Cantlay kelmarin menafikan bahawa beliau merancang akan berpindah ke LIV Golf tanpa menutup sepenuhnya peluang perpindahan masa depan ke acara tersebut.

    “Saya tidak mempunyai rancangan berpindah pada masa ini selepas Piala FedEx,” kata Cantlay ketika ditanya sebelum Jelajah PGA AS Rocket Mortgage Classic di Detroit untuk menangani khabar angin bahawa beliau mungkin berpindah ke siri jelajah yang dibiayai oleh Arab Saudi dan diterajui oleh Greg Norman itu.

    Beliau berkata mendengar namanya dikaitkan dengan litar kontroversi itu, yang menawarkan pemain bintang jaminan pembayaran untuk membuat penampilan serta ganjaran dengan jumlah lumayan bukan perkara yang membimbangkan.

    “Saya tidak berfikir panjang mengenai kekecohan yang berlaku di luar,” kata Cantlay, yang mengakui wang yang menjadi rebutan dalam LIV Golf – yang telah mengumumkan rancangan untuk mengadakan liga 14 acara pada 2023, kelmarin – sudah tentunya sesuatu yang ketara.

    “Saya fikir pada bila-bila masa sesiapa sahaja yang bermain mengikut profesion mereka, wang adalah pendorong terbesar,” kata Cantlay.

    Cantlay berjaya merangkul hadiah playoff Piala FedEx bernilai AS$15 juta musim lalu, menewaskan pemain Sepanyol, Jon Rahm dalam perlawanan akhir Kejohanan Jelajah selepas menewaskan Bryson DeChambeau dalam Kejuaraan BMW pada awal perlawanan playoff.

    Cantlay menamatkan musim lalu dengan empat kejuaraan PGA AS, menerima pencalonan anugerah Pemain Terbaik Tahunan daripada rakannya.

    Setakat musim ini, Cantlay mempunyai satu kemenangan – bergandingan dengan Xander Schauffele dalam acara beregu Zurich Classic – bersama lapan lagi pemain 10 teratas.

    Mereka berdua mendapatkan tempat naib juara, dan Cantlay berkata bahawa masih ada banyak masa tahun ini bagi meraih lebih banyak kemenangan. – AFP

    Aksi Patrick Cantlay semasa membuat pukulan pada acara Jelajah PGA AS Rocket Mortgage Classic di Detroit. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...