Saturday, April 27, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Tingkat hubungan perdagangan Brunei, Malaysia

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 14 JAN – Perdagangan keseluruhan di antara Brunei dan Malaysia terus menunjukkan trend peningkatan yang positif serta dijangka akan terus mencatatkan pertumbuhan positif pada 2022.

    Sehubungan itu, dalam usaha untuk meningkatkan hubungan antara Brunei dan Malaysia khususnya bagi meningkatkan hubungan perdagangan, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Dato’ Raja Reza bin Raja Zaib Shah telah mengadakan perjumpaan dengan wakil-wakil Dewan Perniagaan dan Industri Kebangsaan Brunei Darussalam (NCCIB) yang diketuai oleh Presiden NCCIB, Sr Mohammad Hanafi Abdul Rahman, kelmarin. Semasa perjumpaan itu, TYT Dato’ Raja Reza dan wakil-wakil NCCIB meneroka jalan ke hadapan ke arah meningkatkan hubungan perdagangan antara Brunei dan Malaysia.

    Sementara itu, NCCIB mengesahkan komitmennya untuk terus bekerjasama rapat dengan Dewan Perniagaan dan Industri Kebangsaan Malaysia untuk mempercepatkan penubuhan Majlis Peniagaan Bersama Brunei Darussalam-Malaysia (BMJBC).

    TYT Dato’ Raja Reza (tiga dari kanan) bergambar ramai dengan wakil-wakil NCCIB, kelmarin. – Gambar serahan NCCIB
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...