Saturday, April 27, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Tinjau peniaga kedai mengenai isu halal

    Saya terbaca satu pendapat pembaca yang disiarkan dalam Media Permata bertarikh 22 Jun lalu menyentuh mengenai sijil halal peniaga makanan yang menghantar ke kedai-kedai runcit.

    Dengan perkongsian berkenaan, sedikit sebanyak membuka pandangan saya tentang isu halal haram di negara ini.

    Ini kerana pada pendapat saya, pandangan penulis ada benarnya kerana tidak menjadi mustahil para peniaga ada yang tidak telus memberikan sijil halal mereka atau tidak memiliki sebarang dokumen kebenaran. Malah pihak pekedai juga tidak telus menjalankan arahan kerajaan dalam penerimaan jualan asal sahaja memperolehi keuntungan.

    Alangkah baiknya pihak relevan melakukan pemantauan di kedai-kedai runcit di negara ini dan bukan saja memfokuskan pada peniaga makanan namun barang-barang yang dijual oleh pihak pekedai turut dipantau kerana sesetengah kedai masih mencampurkan barang yang halal dengan yang tidak di tempat yang sama.

    Malah ada sesetengah barang yang dijual diragui kehalalannya masih banyak terjual terutama makanan bagi golongan kanak-kanak. Namun bagaimana barangan makanan sedemikian dengan mudah dijual secara terbuka?

    Tidak mustahil ianya dijual untuk mendapat keuntungan dan kurang menitikberatkan tentang isu halal ini.

    Adi Zahrin

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...