Friday, April 26, 2024
33.6 C
Brunei

    -

    Trilene Knot, ikatan 100%

    Oleh Raz AS

    Disebut saja nama Trilene, pasti ramai yang sudah mengenalinya sebagai nama salah satu siri produk tali terulung daripada jenama Berkley. Tali-tali daripada siri Trilene ini terkenal dengan kekuatan dan kelasakannya yang ampuh digunakan bagi menundukkan pelbagai jenis ikan sasaran daripada yang bersaiz kecil sehinggalah gamefish bersaiz besar.

    Bukan itu sahaja, satu teknik ikatan juga telah dinamakan bersempena dengan namanya, yang mana ikatan Trilene mempunyai kekuatan yang boleh dipercayai dan dianggap sebagai ‘ikatan 100 peratus’ kerana selalunya tali akan putus apabila mencapai beban tahap kekuatannya dan bukannya pada bahagian ikatan.

    Ikatan Trilene atau Trilene Knot juga dikenali sebagai Two Turn Clinch Knot merupakan teknik ikatan yang digunakan untuk menghubungkan tali pancing monofilament atau fluorocarbon dengan peralatan terminal seperti kili-kili, mata kail, umpan tiruan dan seumpamanya.

    Ikatan ini dikatakan sebanding dengan teknik ikatan Palomar yang popular dengan kekuatannya, meskipun begitu berbanding ikatan Palomar yang juga boleh digunakan bersama tali sulam (braided) dan superline, ikatan Trilene hanya sesuai digunakan untuk tali monofilament dan fluorocarbon sahaja.

    Teknik ikatan Trilene senang dikuasai oleh pemancing-pemancing daripada pelbagai tahap pengalaman dan kemahiran kerana ia merupakan teknik yang ringkas dan mudah untuk dipelajari.

    Teknik ikatan Trilene senang dikuasai oleh pemancing-pemancing daripada pelbagai tahap pengalaman dan kemahiran kerana ia merupakan teknik yang ringkas dan mudah untuk dipelajari. – Agensi

    Cara-cara mengikat ikatan ini mudah sahaja, pertama sekali masukkan hujung tali pada lubang mata kail atau peralatan terminal yang hendak diikat sebanyak dua kali sehingga membentuk satu lingkaran.

    Setelah itu, hujung tali tersebut dililit pada pangkal tali atas lingkaran tersebut sebanyak kira-kira lima atau enam kali lilitan.

    Kemudian masukkan hujung tali itu ke dalam lingkaran awal tadi. Sebagai langkah terakhir, basahkan tali terlebih dahulu sebelum tali ditarik perlahan-lahan pada pangkal dan hujungnya untuk mengentamkan ikatan. Potongkan lebihan hujung tali untuk mengemaskannya.

    Adalah disarankan untuk tidak memotong lebihan tali terlalu pendek bagi mengelakkan ikatan terlucut, sekurang-kurangnya 2-3 mm adalah memadai.

    Dipercayai daripada lilitan sebanyak dua kali pada lubang peralatan terminal itu dapat menghilangkan sedikit beban ketika tali ditarik kuat dan seterusnya mengekalkan kekuatan ideal tali yang digunakan, menjadikannya sebagai salah satu kelebihan teknik ikatan ini. Lebih-lebih lagi apabila ketebalan batang lubang peralatan yang diikat tersebut lebih tebal daripada diameter tali yang digunakan.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...