Saturday, April 27, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    Tumor tulang belakang punca Kang tarik diri

    WASHINGTON, 9 JUN – Pemain ranking ke-12 dunia dari Amerika Syarikat (AS), Danielle Kang, akan mengundurkan diri daripada menyertai Jelajah LPGA bagi tem-poh masa yang tidak dinyatakan, disebabkan tumor pada tulang belakangnya.

    Pemain veteran dalam Piala AS Solheim berusia 29 tahun itu mengumumkan perkara tersebut menerusi platform sosial medianya mengatakan dia akan mengundurkan diri untuk menumpukan kepada kesihatannya, kelmarin.

    “Saya ingin memastikan sesuatu sebelum maklumat tersebut disebarkan kepada umum dan malangnya jika ia tersebar dalam pelbagai cara, saya merancang beberapa perkara tetapi tidak berjalan dengan lancar,” kata Kang.

    Dia juga mengongsikan bahawa dia tidak akan bertanding dalam perlawanan Klasic ShopRite LPGA pada minggu ini dan tidak akan beraksi sebelum Kejohanan Evian pada bulan hadapan di Perancis.

    Pengumuman tersebut bermakna dia akan terlepas Kejohanan PGA Wanita pada bulan ini, di mana acara tersebut adalah acara yang pernah dimenanginya pada tahun 2017, iaitu satu-satunya mahkota utama yang dimilikinya.

    “Saya ingin bertanding, bukan sahaja menyertainya,” kata Kang. “Saya akan mengambil masa yang lama untuk kembali beraksi 100 peratus.” – AFP

    Gambar fail menunjukkan aksi Danielle Kang membuat pukulan semasa pusingan kedua dalam Terbuka Wanita AS ke-77 di Pine Needles, 3 Jun 2022. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    3 konsistensi Beijing dalam hubungan China, AS

    BEIJING, 26 APRIL - Menteri Luar China, Wang Yi mengulangi pendirian Beijing mengekalkan tiga konsistensi dalam mengendalikan hubungan dengan Amerika Syarikat (AS) hari ini. Wang...