Saturday, April 27, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Venezuela, Colombia jalin hubungan baik

    CARACAS, 2 NOV – Presiden Venezuela dan Colombia bertemu di sini kelmarin, pertemuan pertama dalam tempoh beberapa tahun setelah kedua-dua negara Amerika Latin yang berjiran itu menambahbaik hubungan mereka dan menggalakkan kerjasama ekonomi dan perdagangan, lapor Xinhua.

    Semasa lawatan Presiden Colombia, Gustavo Petro ke ibu kota Caracas, kali pertama ketua negara Colombia itu melawat Venezuela sejak 2016, beliau mengadakan perbincangan dengan rakan sejawatannya Nicolas Maduro.

    Maduro menyambut kedatangan Petro di istana presiden Miraflores dan diberi penghormatan dan dilayan dengan muzik tradisional Colombia.

    Venezuela memutuskan hubungan diplomatik dengan Colombia pada 2019 selepas Presiden Colombia ketika itu Ivan Duque mengiktiraf ketua pembangkang Juan Guaido sebagai pemangku presiden Venezuela.

    Selepas Petro menggantikan Duque, beliau memberi isyarat mengenai peralihan dalam dasar luar terhadap Venezuela, dan Caracas menyatakan kesediaannya untuk memulihkan hubungan.

    Kedua-dua negara memulihkan hubungan diplomatik penuh pada akhir Ogos, membuka semula lintasan sempadan dan menghantar duta masing-masing. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...