Sunday, April 28, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Vietnam siap sedia sambut pelancong China

    HANOI, 9 JAN – Vietnam perlu bersiap sedia untuk mengalu-alukan pelancong China, menumpukan pada peningkatan kualiti perkhidmatan dan mengukuhkan aktiviti promosi, Agensi Berita Vietnam melaporkan hari ini, memetik pakar pelancongan tempatan.

    Pengerusi Persatuan Pelancongan Vietnam, Vu The Binh berkata bahawa perkara pertama yang perlu dilakukan oleh sektor pelancongan ialah mengambil langkah segera untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan bagi menarik pelancong China.

    Presiden Persatuan Pelancongan Vietnam, Cao Tri Dung berkata adalah penting untuk menyambung semula penerbangan biasa dan rangkaian penerbangan sewa, serta mengukuhkan promosi destinasi di kawasan yang mempunyai penerbangan terus dari China atau berdekatan dengan China.

    Imej dan kandungan yang dipromosikan mestilah menarik perhatian dan menunjukkan ciri-ciri kecemerlangan Vietnam sebagai destinasi selamat, mesra dan menarik untuk semua pelancong China, tambahnya.

    Agensi dan syarikat berkaitan juga harus melaksanakan aktiviti promosi mereka di platform media sosial yang popular di China, kata Dung.

    China ialah pasaran pelancongan terbesar Vietnam dengan 5.8 juta orang melawat negara Asia Tenggara itu pada 2019, menyumbang hampir satu pertiga daripada ketibaan pendatang antarabangsa.

    Pada 2022, Vietnam hanya menerima 3.5 juta pengunjung antarabangsa. – Xinhua

    Pelancong China menaiki bot untuk pergi ke pulau di bandar peranginan pusat Nha Trang dari Pelabuhan Cau Da – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...