Saturday, April 27, 2024
29.9 C
Brunei

    -

    Vinicius hilang keinginan bermain bola

    MADRID, 26 MAC – Vinicius Junior menitiskan air mata ketika bercakap kelmarin tentang isu perkauman yang dialaminya di Sepanyol, dan mengatakan bahawa dia juga hilang keinginan untuk terus bermain bola sepak.

    Vinicius bercakap tentang perjuangannya menentang isu perkauman menjelang perlawanan persahabatan ‘Satu Kulit’ antara Sepanyol dan Brazil di Stadium Santiago Bernabeu, hari ini.

    Perlawanan persahabatan ini dianjurkan untuk meningkatkan kesedaran tentang isu perkauman yang berlaku hampir setahun yang lalu selepas insiden dia dihina pada perlawanan liga Sepanyol di Valencia.

    Pemain Real Madrid berusia 23 tahun itu terpaksa menenangkan dirinya beberapa kali selepas menangis semasa sidang media pra-perlawanan Brazil di kem latihan Madrid.

    “Ia sesuatu yang amat menyedihkan,” kata Vinícius. “Ia sukar. Saya telah lama melawan perkara ini. Ia meletihkan kerana awda rasa awda bersendirian. Saya telah membuat banyak aduan rasmi tetapi tiada siapa yang dihukum.

    Reaksi Vinicius Junior menangis kerana isu perkauman ketika sidang akhbar selepas sesi latihan pasukan Brazil di Madrid, Sepanyol baru-baru ini. – AP

    “Semakin lama saya semakin hilang keinginan untuk bermain bola sepak,” katanya. “Tetapi saya akan terus berjuang.

    “Itu perlu diubah,” katanya. “Mungkin orang ramai tidak tahu apa itu perkauman.

    “Saya berumur 23 tahun dan saya perlu mengajar ramai orang tentang perkauman, dan bagaimana ia memberi kesan kepada saya dan keluarga saya di rumah.

    “Saya akan kekal bermain untuk kelab terbaik dunia dan menjaringkan gol serta memenangi kejuaraan,” tambahnya lagi. “Dan orang ramai perlu terus melihat wajah saya untuk masa yang lama.”

    Vinicius, yang turut meminta bantuan daripada FIFA, UEFA dan institusi lain dalam perjuangannya, berkata dia banyak mengkaji tentang perkauman dan berasa lebih bersedia untuk bercakap mengenai perkara itu. – AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...