Saturday, April 27, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Virus dikesan dalam sampel air kumbahan PMA

    KUALA LUMPUR, 2 JAN – Survelan persekitaran COVID menggunakan air kumbahan yang dilaksanakan sejak Jun hingga 31 Disember tahun lepas, merekodkan 96.5 peratus atau 28 daripada 29 sampel dari Pintu Masuk Antarabangsa (PMA) dikesan mempunyai kehadiran virus SARS-CoV-2 dengan varian Omicron.

    Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata keputusan itu, hasil pengujian Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan (MKAK) manakala satu lagi sampel masih dalam proses pengujian.

    Beliau berkata bagi tempoh sama, MKAK turut menerima sejumlah 301 sampel dari 15 lokasi sentinel bagi mewakili setiap negeri di negara ini.

    “288 sampel (95.7 peratus) dikesan kehadiran SARSCoV-2, yang positif Omicron. Tiga tidak dikesan manakala 10 masih dalam proses pengujian,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

    Dr Noor Hisham berkata Malaysia menjalankan survelan persekitaran COVID menggunakan air kumbahan melibatkan sampel dari PMA dan lokasi sentinel sejak Jun tahun lepas, antara lain bertujuan sebagai survelan sokongan bagi COVID sejajar dengan Fasa Peralihan ke Endemik negara.

    Beliau berkata survelan tersebut bertujuan sebagai amaran awal melalui pengesanan kehadiran virus SARS-CoV-2 dalam sampel air kumbahan, memberi gambaran trend kepekatan virus SARS-CoV-2 dan mengenal pasti varian SARS-CoV-2 yang terdapat dalam komuniti, serta memantau keberkesanan intervensi kawalan COVID secara amnya. – Bernama

    Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa bersama Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah semasa majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Kesihatan, baru-baru ini. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...