Saturday, April 27, 2024
36 C
Brunei

    -

    Wabak antraks dilapor di Laos, lebih 50 dijangkiti

    BANGKOK, 28 MAC – Thailand hari ini mengarahkan pengawasan rapi terhadap haiwan ternakan selepas wabak antraks menular di negara jiran Laos, di mana lebih 50 kes yang disyaki telah menjangkiti manusia dilaporkan.
     
    Antraks, yang merebak melalui bakteria dalam tanah, biasanya menjangkiti ternakan ragut dan haiwan liar tetapi boleh menjangkiti manusia dan membawa maut dalam beberapa kes.
     
    Perdana Menteri Thailand, Srettha Thavisin telah mengarahkan pegawai untuk memantau ketat penyakit itu dan ‘melindungi orang awam’.
     
    Manusia boleh dijangkiti apabila tersedut spora, termakan makanan yang tercemar atau tersentuh bakteria menerusi kulit yang luka, contohnya ketika mengendalikan haiwan yang berpenyakit.
     
    Media di negara komunis Laos telah melaporkan 65 kes yang disyaki, termasuk 54 di wilayah Champasak selatan, yang bersempadan dengan Thailand.
     
    Gambar Freepik
    Kenyataan kerajaan Thailand merujuk kepada 54 kes yang dilaporkan bulan ini.
     
    “Perdana menteri telah mengarahkan menteri kesihatan awam untuk memantau penyakit itu dengan ketat, terutamanya berhampiran sempadan,” kata jurucakap Chai Watcharong dalam kenyataan itu.
     
    Ia juga menggalakkan individu supaya memaklumkan kepada pihak berkuasa jika mereka menemui sebarang kelainan pada haiwan.
     
    “Jika lembu atau kerbau kamu mati dalam keadaan mencurigakan, tolong hubungi pihak berkuasa,” kata kenyataan.
     
    Kerajaan juga menggalakkan mereka yang telah bersentuhan dengan ‘haiwan sakit’ untuk segera berjumpa doktor.
     
    Thailand belum ada laporan kes antraks manusia sejak 2001.
     
    Kes paling banyak yang dilaporkan dalam satu tahun berjumlah 102 pada 1995, menurut Kementerian Kesihatan Awam. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...