Saturday, April 27, 2024
29.9 C
Brunei

    -

    Warga Sumbangsih Mulia bertahlil di kubah

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 27 MAC – Bagi menyemarakkan lagi bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini, lebih 100 orang penjaja dan kakitangan serta keluarga dari Sumbangsih Mulia telah mengadakan Majlis Tahlil dan Doa Arwah di Kubah Makam Diraja, Jalan Tutong, hari ini.

    Majlis berkenaan khas untuk Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit dan Al-Marhum Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Haji ‘Abdul ‘Azim.

    Hadir pada majlis itu ialah Pengerusi Bangunan Sumbangsih Mulia, Yang Dimuliakan Pehin Kapitan Lela Diraja Dato Paduka Goh King Chin dan Pengurus Sumbangsih Mulia, Awang Muslim bin Zakaria.

    Bacaan Surah Yasin dan tahlil dipimpin oleh Awangku Mohd Fauzan bin Pengiran Momin, lepasan Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah.

    Yang Dimuliakan Pehin Kapitan Lela Diraja Dato Paduka Goh King Chin dan Awang Muslim hadir pada majlis tahlil di Kubah Makam Diraja kelmarin. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    Antara yang hadir pada majlis tersebut. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...