Friday, April 26, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Waris tak sangka tetap kena kecam

    Penyanyi rap Waris memberitahu dia membuat persembahan di Masjid Ibnu Khaldun, Negeri Sembilan pada tahun lalu itu atas jemputan ahli kariah masjid itu sendiri.

    Waris atau nama sebenarnya Muzzammil Alias, turut menegaskan persembahan itu dilakukan di luar kawasan masjid dan dia sentiasa menjaga pergerakkannya seperti yang diminta penganjur.

    “Yang jemput, orang masjid… tapi bukan nyanyi dalam masjid, dekat luar masjid.

    Saya buat persembahan belah kiri pentas. Dah penganjur beritahu saya boleh buat persembahan situ ja.

    “Saya tak boleh berjalan-jalan, tak boleh bergerak dan loncat-loncat. Saya dah berjaga sebaik mungkin dah, tetap kena juga,” katanya.

    Waris turut berasa hairan dengan tindakan individu yang memuat naik semula video lama yang pernah diviralkan tahun lalu. – Agensi

    Penyanyi berusia 33 tahun itu berkongsi soal jawab dengan warganet mengenai isu video tular dia menyanyi di laman Instagram miliknya.

    Sebelum ini, tular video memperlihatkan Waris sedang menyanyikan lagu Rembau Most Wanted Part ll di sebuah majlis agama mengundang rasa kurang senang dalam kalangan warganet.

    Rata-rata warganet mempersoalkan tindakan Waris menyanyikan lagu tersebut yang dianggap tidak bersesuaian dengan acara itu.

    Tampil mempertahankan diri, Waris menerusi Instagram miliknya pada Jumaat berkata video tersebut merupakan rakaman lama yang dipotong dari Instagram TV (IGTV).

    Menurutnya, individu yang berkongsi video tersebut sengaja menjadikan dirinya sebagai bahan untuk mencetuskan perbalahan demi meraih perhatian.

    Video tersebut pernah dimuat naik Waris di Instagram pada 14 November tahun lalu di mana dia membuat persembahan di Masjid Ibnu Khaldun, Negeri Sembilan sempena Maulud Nabi.

    Dalam pada itu, Waris turut berasa hairan dengan tindakan individu tersebut yang memuat naik semula video lama yang pernah diviralkan tahun lalu.

    “Benda ni jadi persoalan untuk saya juga.

    Kenapa benda ini jadi dan kenapa dia up benda lama? Sebab apa tahun lepas yang jadi, dia try viralkan tapi semua orang komen positif.

    “Tapi tahun ini tiba-tiba jadi lain… kenapa eh?” soal Waris.

    Sementara itu, Waris turut mendedahkan dia sudah pun membuat permohonan maaf sebaik sahaja selesai melakukan persembahan tahun lalu.

    “Lepas habis persembahan, saya dah minta maaf tahun lalu… dan saya dah minta maaf lagi.

    Kemudian orang suruh minta maaf lagi.

    “Lepas itu bila dah minta maaf, orang kata ‘ala artis minta maaf saja. Lepas itu, senang semua orang maafkan’…. still,” katanya. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Saintis China bina model 3D embrio manusia berusia 3 minggu

    BEIJING, 25 APRIL - Para saintis China membina semula model 3D embrio manusia dalam tempoh dua hingga tiga minggu selepas persenyawaan, yang membuka laluan...