Wednesday, May 1, 2024
30.7 C
Brunei

    -

    WHO: Rebut peluang akhiri pandemik

    GENEVA, 14 SEPT – Jumlah kes COVID yang baharu dilaporkan telah berkurangan mendadak, kata Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) hari ini, menggesa dunia supaya merebut peluang untuk menamatkan pandemik.

    Kes yang baharu dilaporkan, yang telah membunuh berjuta-juta orang sejak muncul pada akhir 2019, merosot pada minggu lalu kepada tahap paling rendah sejak Mac 2020, kata ketua WHO Tedros Adhanom Ghebreyesus.

    “Kami berada dalam kedudukan yang amat baik untuk menamatkan pandemik,” beritahunya kepada wartawan. “Kami masih belum mencapainya tetapi kami mampu melakukannya.”

    Namun dunia perlu mempertingkat usaha untuk ‘merebut peluang ini,’ tambah beliau.

    “Seorang pelari maraton tidak akan berhenti apabila garisan penamat sudah dapat dilihat.

    Peserta mendengar kepada ucapan video Antonio Guterres semasa Kongres Pemimpin Dunia di Nur-Sultan, Kazakhstan kelmarin. – AP

    Dia akan berlari lebih bersemangat, dengan segala kudrat yang ada.

    “Begitu juga dengan kami. Kami boleh melihat garisan penamat. Kami berada dalam kedudukan menang. Namun sekarang adalah masa paling teruk untuk berhenti,” kata beliau.

    “Jika kami tidak merebut peluang ini sekarang, kami menghadapi risiko munculnya lebih banyak varian, lebih banyak kematian, lebih banyak gangguan dan ketidakpastian.”

    Dalam usaha untuk membantu negara melakukan apa yang diperlukan untuk membendung virus, WHO pada hari ini menerbitkan enam dasar utama.

    “Dasar berkenaan merupakan saranan penting untuk dipertimbang oleh semua kerajaan dan mempersiapkan mereka untuk COVID dan patogen akan datang yang mempunyai potensi pandemik,” kata Tedros. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hamas, Fatah berunding di Beijing

    BEIJING, 30 APRIL - China berkata hari ini kumpulan Palestin, Hamas dan Fatah bertemu di Beijing baru-baru ini untuk ‘perbincangan mendalam dan menggalakkan perdamaian...