Saturday, April 27, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    Xbox perluas platform awan ke TV pintar Samsung

    SAN FRANCISCO, 10 JUN – Microsoft mengumumkan bahawa keupayaan untuk bermain permainan Xbox akan dibina ke dalam televisyen pintar Samsung dalam langkah platform permainan awan terbaharunya kelmarin.

    Microsoft dianggap sebagai tunggak permainan video penstriman dengan perkhidmatan Xbox Game Pass dan komuniti besar pemain yang menggunakan konsol dan komputer peribadi.

    Sementara gergasi teknologi AS itu mencipta konsol permainan video Xbox, ia juga telah memimpin peralihan bagi membenarkan orang ramai memainkan tajuk pada peranti yang ditautkan oleh Internet pilihan mereka dengan tajuk yang dihoskan di platform awan.

    “Kami sedang dalam usaha untuk membawa kegembiraan dan komuniti permainan kepada semua orang di planet ini, serta membawa aplikasi Xbox ke TV pintar adalah satu lagi langkah dalam menjadikan visi kami satu realiti,” kata ketua Microsoft Gaming, Phil Spencer dalam satu catatan.

    Sementara itu, Microsoft telah pun menyediakan beberapa pilihan permainan Xbox untuk dimainkan pada telefon pintar Samsung Galaxy sebelum ini.

    Aplikasi Xbox juga akan menjadi sebahagian daripada hab permainan pada televisyen pintar Samsung model 2022 di 27 buah negara pada akhir bulan ini, kata gergasi elektronik pengguna Korea Selatan itu dalam satu kenyataan.

    Selain itu, pemain dikatakan perlu menyambungkan pengawal permainan video secara tanpa wayar ke televisyen menggunakan Bluetooth.

    Lebih daripada 100 permainan yang tersedia untuk penstriman di perkhidmatan langganan Xbox Game Pass akan memasukkan permainan video Halo Infinite, Hades dan Forza Horizon 5, tambah syarikat itu.

    Permainan video hit Fortnite juga akan tersedia untuk dimainkan secara percuma, kata naib presiden korporat di Microsoft, Ashley McKissick. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...