Sunday, April 28, 2024
24.2 C
Brunei

    -

    Xi arah HK kekang penularan

    HONG KONG, 16 FEB – Pemimpin China, Xi Jinping menggesa Hong Kong untuk mengambil ‘semua langkah perlu’ bagi mengekang penularan varian Omicron, kata akhbar di bawah kawalan China hari ini, sehari selepas pemimpin Carrie Lam menyangkal untuk mengenakan sekatan pergerakan ketat stail China.

    Hong Kong pada masa ini dalam penularan koronavirus paling teruk, mencatatkan lebih 1,000 kes sehari ketika hospital-hospital mencapai hadnya.

    Lam minggu ini menegaskan sekatan pergerakan ‘meluas’ ketat – yang tanah besar China kenakan di beberapa buah bandar untuk membendung kes jangkitan – tidak akan dikenakan ke atas penduduk Hong Kong.

    Namun hari ini, akhbar tempatan, Ta Kung Pao dan Wen Wei Po – yang menjawab bagi pejabat Beijing di bandar itu – melaporkan Xi telah menggesa pihak berkuasa untuk ‘mengimplementasikan semua langkah penting untuk memastikan perlindungan’ kesihatan awam.

    Hong Kong perlu ‘mengutamakan kestabilan dan mengawal situasi COVID-19 mengatasi segala-galanya,” lapor akhbar itu memetik pemimpin China sebagai berkata.

    Pesakit COVID-19 yang terlantar di katil ditempatkan di luar Pusat Perubatan Caritas ketika paras suhu jatuh pada waktu malam di Hong Kong pada 16 Februari, disebabkan hospital-hospital dipenuhi di bandar itu. – AFP

    Susulan penyiaran ucapan Xi, Lam menyatakan ‘rasa terima kasih’ atas kebimbangannya itu.

    “Pentadbiran akan, menurut arahan penting Presiden Xi Jinping, menganggap tanggungjawab utama untuk….mengadaptasi semua langkah penting untuk melindungi kehidupan dan kesihatan penduduk Hong Kong,” katanya dalam akhbar hari ini.

    Minggu ini hospital-hospital telah dipenuhi oleh jangkitan meningkat dengan sekitar dua kemudahan menempatkan pesakit di katil di kawasan terbuka.

    Ketika suhu jatuh hari ini, ramai warga emas yang terlantar di atas katil di luar Pusat Perubatan Caritas ditimbuni dengan lapisan selimut dan pelindung termal aluminium.

    Bandar itu mempunyai kadar vaksinasi paling rendah bagi warga emas – laman web kerajaan mencatatkan 43 peratus vaksinasi bagi penduduk berusia 70-79 tahun, manakala 26 peratus mereka yang berusia 80 tahun ke atas.

    Hong Kong hari ini melaporkan 4,280 kes, satu rekod baharu.

    Setakat ini, kebanyakan kematian COVID-19 direkodkan pada minggu lalu merupakan pesakit berusia lebih 70 tahun. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...