Friday, April 26, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Zaki, Yamani Abdillah juara Famili Duo musim kedua

    Duo Zaki Yamani dan Yamani Abdillah membuat kejutan apabila muncul sebagai juara Famili Duo musim kedua yang berlangsung di Studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam baru-baru ini.

    Kemenangan itu sekali gus menewaskan tiga lagi peserta duo yang bertanding dan melayakkan adik-beradik berkenaan membawa pulang hadiah utama berupa wang tunai sebanyak RM100,000.

    Menerusi peringkat akhir itu, Zaki dan Yamani juga merupakan anak kepada bintang legenda Datuk Jamal Abdillah menerusi lagu medley Pelukan Angkasa (SOG & Shila Amzah) dan Potret (Akim & The Majistret) pada pusingan pertama dan medley lagu Hutang (Floor88), Bunga (Altimet) dan Kau Pun Sama nyayian Syamel.

    Sementara itu, duo Ayda Jebat dan Fyna Jebat mendapat tempat kedua dan membawa pulang hadiah wang tunai RM20,000.

    Manakala, tempat ketiga pula milik Bella Astillah dan Wanie Kayrie yang menerima hadiah wang tunai sebanyak RM15,000.

    Zaki dan Yamani juara Famili Duo musim kedua. – Agensi

    Sissy Imann dan Naim Daniel bagaimanapun terpaksa berpuas hati dengan tempat keempat dan membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000.

    Dalam pada itu, mengulas kemenangan tersebut, juri tetap iaitu Ajai menyifatkan duo adik-beradik itu seorang yang berani dalam membuat persembahan.

    Menerusi persembahan pertama, Ajai memuji peningkatan Zaki dan Yamani yang dirasakan mempunyai perubahan besar sejak minggu pertama.

    Kata Ajai, selain itu, kebolehan Yamani memainkan instrumen juga menjadi tambah nilai baginya untuk bergelar seorang penghibur.

    Konsert akhir Famili Duo menampilkan dua segmen dengan tema Anugerah Juara Lagu dan lagu bebas.

    Malam final itu turut dihiburkan dengan persembahan mantap daripada Nabila Razali dan Khai Bahar yang mempersembahkan lagu duet mereka Selagi Ku Ada. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Saintis China bina model 3D embrio manusia berusia 3 minggu

    BEIJING, 25 APRIL - Para saintis China membina semula model 3D embrio manusia dalam tempoh dua hingga tiga minggu selepas persenyawaan, yang membuka laluan...