Saturday, April 27, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Zizan Nin cabar diri jadi pengarah

    Melebarkan sayap dalam industri kreatif, pelakon, Zizan Nin nekad meningkatkan kebolehan dalam bidang pengarahan bagi membuka lembaran baharu dalam karier seninya.

    Zizan yang juga Penerbit Eksekutif Aquila Emas Sdn Bhd (AESB) memulakan langkah itu sejak 2019 dengan mengarahkan dokumentari, travelog dan drama untuk stesen televisyen (TV) tempatan, termasuk klien dalam bidang korporat.

    Penerima trofi Pelakon Harapan Lelaki, Festival Filem Malaysia (FFM) ke-20 pada 2007 itu menjelaskan, tujuannya merubah haluan disebabkan mahu memastikan setiap projek membuahkan hasil positif.

    Zizan mengaku sudah serik bekerjasama dengan pengarah yang sering mengambil sikap acuh tak acuh kerana menurut Zizan, kejadian seumpama itu sering berlaku sehingga mengundang rasa kurang senang klien terhadap syarikat produksinya.

    Bagaimanapun, Zizan mengakui, dia tidak terlepas daripada berdepan kekangan, terutama ketika proses pra-produksi. Apabila ditanya mengenai kerjaya dalam bidang lakonan, Zizan berkata, dia terpaksa memperlahankan rentak dan hanya memilih tawaran yang tidak mengambil masa lama.

    “Saya tidak akan tinggalkan bidang lakonan dan tawaran itu masih lagi ada. Tetapi, saya terpaksa tolak dengan cara baik sebab kadang-kadang penggambaran ini lama.

    “Kalau lebih daripada seminggu, saya terpaksa tolak sebab masih banyak kerja yang perlu diuruskan di pejabat.

    “Jika komitmen itu diperlukan dalam jangka masa pendek, saya akan ambil.

    “Saya juga perlu beri perhatian kepada syarikat produksi.” katanya. – Agensi

    Zizan Nin membuka langkah barunya dengan mencabar dirinya menjadi pengarah dalam perjalanan seninya. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    6 maut dalam kebakaran restoran, hotel

    PATNA, 26 APRIL — Kebakaran besar yang melanda sebuah restoran dan hotel di timur India kelmarin membunuh sekurang-kurangnya enam orang dan mencederakan 20 orang,...