Saturday, April 27, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Kementerian Pertahanan agih kurma kurnia

    Oleh Syahmi Hassan –

    TUTONG, 8 MAC – Kementerian Pertahanan telah mengadakan Majlis Pengagihan Kurma Kurnia Peribadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sempena bulan Ramadan 1445 Hijrah, di Dewan Makan Nikmat, Penanjong Garison, hari ini.

    Hadir bagi menyempurnakan pengagihan ialah Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan dan Setiausaha Tetap di Kementerian Pertahanan, Brigedier Jeneral (B) Dato Seri Pahlawan Haji Alirupendi bin Haji Perudin.

    Majlis telah dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan diikuti dengan pengagihan kurma kepada pemerintah-pemerintah angkatan tentera, pengarah-pengarah dan pegawai-pegawai kanan Kementerian Pertahanan dan ABDB.

    Majlis diakhiri dengan bacaan doa khusus sempena penyerahan kurma yang telah dibacakan oleh Pengarah Jabatanarah Agama ABDB (JAMA’AT), Komander Haji Ainolizam bin Haji Ibrahim.

    Pengagihan kurma kurnia peribadi berkenaan melambangkan tanda kasih sayang dan sifat keprihatinan Kebawah Duli Yang Maha Mulia kepada rakyat Baginda dalam melaksanakan ibadah puasa di bulan Ramadan yang bakal menjelang.

    Pemerintah ABDB mengagihkan kurma kurnia peribadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sempena bulan Ramadan 1445 Hijrah di Dewan Makan Nikmat, Penanjong Garison, kelmarin. – GAMBAR SERAHAN KEMENTERIAN PERTAHANAN
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...