Saturday, April 27, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    10 pemegang kad Baiduri menang hadiah

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 6 DIS – Dengan berakhirnya bulan pertama promosi Big Rewards with Baiduri Cards, Bank Baiduri baru-baru ini telah mengadakan majlis penyampaian hadiah yang berlangsung di Atrium, Ibu Pejabat Bank Baiduri, di 1 Jalan Gadong.

    Pemegang kad yang membelanjakan sekurang-kurangnya $20 menggunakan kad debit atau kredit Baiduri mereka semasa tempoh promosi itu berpeluang untuk memenangi pelbagai hadiah bulanan seperti pengalaman makan secara peribadi, alat dan barang elektronik, pakej staycation dan baucar gaya hidup.

    Dalam pada itu, pemegang kad Baiduri juga berpeluang untuk memenangi tiga hadiah utama dengan setiap $20 yang dibelanjakan menggunakan kad mereka sehingga penghujung promosi pada awal Januari 2023.

    Pemenang-pemenang bagi promosi tersebut ialah Chu Chia Pin yang memenangi baucar hadiah servis tayar dan SLM; Brandon Soh Wee Sen memenangi percutian dua hari satu malam di The Lanes Hotel, Tutong; Gopalakrishnan Sattiya Selan memenangi TV Pintar LG 43 inci; Chai Chin Liang membawa pulang baucar Run Trail Nation dan Under Armour; Kulwinder Singh memenangi komputer riba Dell Inspiron dan pencetak Canon.

    Selain itu, Pengiran Anak Haji Muhd Basheer PIM Pengiran Anak Kemaludin Al Haj membawa pulang Breville Smart Grill BGR – 840; Nor Rahmat binti Zakeria memenangi pakej keahlian keluarga selama enam bulan di Peak Club; Muhammad Amir Sharifuddin bin Haji Ali menang pakej JPMC Elite Health Screening; Michelle Tolentino Hizola bawa pulang Kaiseki Private Dining dari Restoran Excapade; dan Kathleen anak Rimpang memenangi baucar Yasmieen Collection dan Samima Sdn Bhd.

    Hadir bagi menyampaikan hadiah-hadiah kepada para pemenang ialah Penolong Pengurus, Perniagaan Kad di Bank Baiduri, Katie Lim.

    Oleh itu, orang ramai yang ingin mengetahui maklumat lanjut mengenai promosi Baiduri, bolehlah melayari laman web atau media sosial Bank Baiduri.

    Katie Lim menyampaikan hadiah kepada salah seorang pemenang semasa majlis berkenaan. – Gambar serahan Bank Baiduri
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...