Saturday, April 27, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    1,052 kes COVID masih aktif

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 9 MEI – Sebanyak 249 kes baharu jangkitan COVID telah dilaporkan hari ini, iaitu 236 kes hasil ujian pantas antigen (ART) dan 13 kes hasil daripada 429 ujian makmal RT-PCR yang telah dilakukan dalam masa 24 jam yang lalu.

    Oleh itu, jumlah keseluruhan kes yang dilaporkan di Negara Brunei Darussalam setakat ini ialah sebanyak 143,107 kes, jelas Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar pada Sidang Media bagi Situasi Terkini Jangkitan COVID-19 di Negara Brunei Darussalam yang berlangsung di Dewan Al-‘Afiah, Kementerian Kesihatan, hari ini.

    Menurut Yang Berhormat Dato lagi, tidak ada kes yang dikategorikan dalam kategori 5, yang memerlukan rawatan di unit rawatan intensif (ICU), manakala itu, dua kes sedang berada di kategori 4, yang memerlukan bantuan oksigen dan di bawah pemantauan rapi.

    “Sebanyak 30 kes telah disahkan sembuh yang membawa jumlah kes yang sembuh kepada 141,836 kes.

    “Jumlah kes aktif pula ialah sebanyak 1,052 kes iaitu 26 kes sedang dirawat di hospital manakala 1,026 kes sedang menjalani pengasingan diri di rumah,” tambah beliau.

    Oleh sebab semua pusat vaksinasi tidak beroperasi kelmarin, Yang Berhormat Dato berkata bahawa statistik terkini program vaksinasi kekal seperti yang dinyatakan dalam sidang media kel-marin iaitu 57.2 peratus kanak-kanak dalam kumpulan umur lima hingga 11 tahun telah mendapatkan dos pertama vaksinasi COVID-19 dan 8.3 peratus telah mendapatkan dos kedua.

    “Sementara itu, 66.3 peratus rakyat dan penduduk negara ini telah menerima tiga dos vaksin,” tambahnya.

    Di hujung kenyataannya, Yang Berhormat Menteri Kesihatan menyeru orang ramai untuk terus memanjatkan doa kepada Allah SWT semoga kita semua sentiasa dalam lindunganNya dan dijauhkan daripada segala mara bahaya.

    Yang Berhormat Menteri Kesihatan semasa sidang media di Kementerian Kesihatan, kelmarin.

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...