Saturday, April 27, 2024
36 C
Brunei

    -

    Berkongsi rezeki dengan golongan memerlukan

    Oleh Nurdiyanah R. – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 26 MAC – Dalam sama-sama menyemai semangat keharmonian dan kerjasama sambil berkongsi rezeki dengan golongan memerlukan, Komuniti Sekolah Seri Mulia Sarjana (SMSS) kendalian pegawai-pegawai Majlis Tertinggi Pelajar telah mengadakan Majlis Tahlil dan Penyampaian Sumbangan Hadiah kepada golongan anak yatim di SMSS, baru-baru ini.

    Majlis yang diadakan di Dewan Serba Guna, Bahagian Prasekolah SMSS itu telah dimulai dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang disusuli dengan ucapan daripada Presiden SSC, Lim Gui Bin.

    Majlis kemudian diteruskan dengan sesi penyampaian sumbangan hadiah kepada para pelajar diraikan yang disempurnakan oleh Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Sarjana Education Group, Dr Mary Lim dan presiden-presiden Majlis Tertinggi Pelajar dari Bahagian Peringkat Sekolah Rendah, Peringkat Menengah dan Sekolah Antarabangsa Seri Mulia Sarjana (SMSIS).

    Acara sedemikian adalah sebagai salah satu inisiatif pelajar sekolah berkenaan mengamalkan high-5 values yang menjadi tumpuan tahun ini, iaitu Tanggungjawab Global.

    Ia juga merupakan nilai yang boleh dikatakan teras kepada abad ke-21 dan merangkumi pelbagai aspek komuniti yang harmoni dan bekerjasama. Pengungkayahan majlis tersebut juga merupakan masa untuk warga sekolah merenungkan pelbagai nikmat rezeki yang dimiliki selama ini dan menyedari bahawa tidak semua kita telah dikurniakan perkara yang sama.

    Oleh itu, ini adalah cara SMSS untuk memberi kembali kepada masyarakat yang memerlukan dan membantu dengan cara yang mungkin dan boleh diakses.

    Dr Mary Lim bergambar ramai bersama anak yatim pada majlis yang berlangsung di SMSS baru-baru ini. – GAMBAR SERAHAN SMSS
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...