Saturday, April 27, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    17 kucing mati dalam kebakaran

    LOS ANGELES, 18 SEPT – Sebanyak 17 ekor kucing terbunuh di sebuah hotel haiwan peliharaan Los Angeles dan seorang anggota bomba cedera awal semalam apabila kebakaran meletus di sebuah pusat tarian tempat terletaknya hotel haiwan berkenaan, kata Jabatan Bomba Los Angeles.

    Lebih 120 anggota bomba dikerah ke tapak kebakaran di kawasan Palms, Los Angeles selepas seorang individu yang lalu di situ melaporkan kebakaran pada kira-kira 5:45 pagi, kata Brian Humphrey, jurucakap jabatan bomba.

    Api terhad kepada beberapa struktur tetapi asap tebal merebak ke perniagaan berdekatan termasuk hotel haiwan peliharaan bernama Cat Place LA, kata Humphrey.

    “Sebanyak 17 ekor kucing mati di tempat kejadian. Dua berjaya diselamatkan,” kata Humphrey, menambah anggota bomba telah berusaha untuk menyelamatkan kucing berkenaan namun gagal.

    Dua kucing yang diselamatkan telah diberikan kepada pemilik hotel dan diletak di bawah jagaan doktor haiwan. Keadaan kucing masih tidak diketahui.

    Tidak ada kecederaan terhadap orang awam dan punca kebakaran masih tidak diketahui. Anggota bomba yang cedera dibawa ke hospital berhampiran. – AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    PM Jepun akan lawat Perancis, Brazil dan Paraguay

    TOKYO, 26 APRIL - Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida akan melawat Perancis, Brazil dan Paraguay minggu depan ketika negaranya berusaha untuk meningkatkan hubungan dengan...