Saturday, April 27, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    178 kes baharu, 110 sembuh

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 20 APRIL – Sebanyak 178 kes baharu jangkitan COVID telah dilaporkan pada hari ini, iaitu 166 kes hasil ujian ART dan 12 kes adalah hasil dari 567 ujian makmal RT-PCR yang telah dilakukan dalam masa 24 jam yang lalu.

    Oleh itu, jumlah keseluruhan kes yang dilaporkan di Negara Brunei Darussalam setakat ini adalah 140,542 kes.

    Perkara tersebut telah dikongsikan oleh Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar semasa Sidang Media bagi Situasi Terkini Jangkitan COVID-19 di Negara Brunei Darussalam hari ini di Dewan Al-‘Afiah, Kementerian Kesihatan.

    Yang Berhormat Menteri Kesihatan kemudiannya menyatakan bahawa satu kes dikategorikan dalam kategori 5 yang memerlukan rawatan di unit rawatan intensif (ICU).

    “Manakala dua kes sedang berada dalam kategori 4 yang memerlukan bantuan oksigen dan di bawah pemantauan rapi,” tambahnya.

    Menurut Yang Berhormat Dato, sebanyak 110 kes telah disahkan sembuh yang membawa jumlah kes yang sembuh kepada 139,297 kes.

    Jumlah kes aktif pula ialah sebanyak 1,027 kes iaitu 31 kes sedang dirawat di hospital manakala 996 kes sedang menjalani pengasingan diri di rumah.

    Pada sidang media tersebut, Yang Berhormat Menteri Kesihatan turut menjelaskan bahawa oleh kerana semua pusat vaksinasi tidak beroperasi kelmarin, statistik terkini program vaksinasi kekal iaitu 28.6 peratus kanak-kanak di dalam kumpulan umur lima hingga 11 tahun telah mendapatkan dos pertama vaksinasi COVID manakala 63.1 peratus rakyat dan penduduk negara ini telah menerima tiga dos vaksin.

    “Marilah kita memohon keampunan dan hidayah daripada Allah SWT dan terus memanjatkan doa semoga Negara Brunei Darussalam berserta seluruh rakyat dan penduduknya sentiasa diberikan keafiatan. Aamiin Aaminn Ya Rabbalalamin. Selamat menunaikan ibadah puasa,” kata Yang Berhormat Dato di hujung kenyataannya.

    Yang Berhormat Menteri Kesihatan semasa menghadiri sidang media bertempat di Kementerian Kesihatan, kelmarin. Turut hadir ialah Setiausaha Tetap Kementerian Kesihatan, Haji Maswadi bin Haji Mohsin.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    PM Jepun akan lawat Perancis, Brazil dan Paraguay

    TOKYO, 26 APRIL - Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida akan melawat Perancis, Brazil dan Paraguay minggu depan ketika negaranya berusaha untuk meningkatkan hubungan dengan...