Saturday, April 27, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    199 pelajar SASHHB kenali ASEAN

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 20 SEPT – Seramai 199 orang pelajar Tahun 9 dan tenaga pengajar Sekolah Arab Sultan Haji Hassanal Bolkiah (SASHHB) telah menghadiri Jerayawara Kenali ASEAN yang berlangsung di auditorium sekolah berkenaan, baru-baru ini.

    Jerayawara kendalian Jabatan Penerangan, Jabatan Perdana Menteri, melalui Unit Hal Ehwal Antarabangsa, selaku Sekretariat bagi Jawatankuasa Kecil Penerangan (SCI) ASEAN-COCI itu dihasratkan untuk memberigakan serta memberi pendedahan meluas mengenai maklumat asas berkaitan ASEAN kepada pelajar-pelajar sekolah menengah dan sekolah Arab di negara ini.

    Ia merupakan salah satu usaha berterusan Jabatan Penerangan dalam menyuntik semangat patriotisme dan sifat perpaduan (ASEAN-ness) dalam kalangan pelajar untuk menghayati fungsi dan tujuan ASEAN ditubuhkan.

    Dalam masa sama, dapat mengukuhkan hubungan antara Jabatan Penerangan dengan masyarakat khususnya pelajar yang bakal mewarisi kesinambungan bangsa dan memangkin hala tuju negara satu masa nanti.

    Taklimat telah disampaikan oleh Pemangku Ketua Unit Hal Ehwal Antarabangsa, Jabatan Penerangan, Pengiran Haji Ahmad Fadillah Akhbar bin Pengiran Haji Sellahhuddin.

    Beliau antara lain menjelaskan mengenai pelajar sekolah sebagai sebahagian daripada masyarakat ASEAN, selaras dengan motonya iaitu satu visi, satu identiti, satu komuniti.

    Taklimat turut dimeriahkan dengan Kuiz ASEAN untuk mengenal pasti sejauh mana para pelajar mengetahui mengenai ASEAN dan peranan pertubuhan berkenaan dalam membangun negara-negara anggotanya. Turut dipromosikan semasa taklimat berkenaan ialah aplikasi mudah alih We ASEAN yang mengandungi maklumat mengenai ASEAN dan negara-negara anggota ASEAN, kalendar ASEAN, kuiz, galeri gambar dan video.

    Antara pelajar Tahun 9 SASHHB semasa menghadiri Jerayawara Kenali ASEAN. – Gambar serahan Jabatan Penerangan
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...