Saturday, April 27, 2024
26.1 C
Brunei

    -

    Tingkat amal ibadah menerusi Projek Ramadan IMPAK Mahabbah

    Oleh Nurdiyanah R. – 

    TUTONG, 28 MAC – Seramai 40 ahli Kumpulan IMPAK Penggerak Belia Daerah Tutong dan Pusat Kegiatan Warga Emas (PKWE) Daerah Tutong telah bekerjasama mengungkayahkan Projek Ramadan IMPAK Mahabbah yang berlangsung selama dua hari di PKWE Daerah Tutong, baru-baru ini.

    Projek bertujuan untuk sama-sama menyemai dalam diri supaya meningkatkan amal ibadah melalui amalan sedekah terutama pada bulan suci ini di mana ahli-ahli jawatankuasa dan sukarelawan yang terlibat memfokuskan kepada penyediaan juadah penyungkaian kepada pekerja warga asing yang bermastautin di sekitar kawasan Pekan Tutong.

    Hari pertama projek telah diisikan dengan sesi persiapan dan penyediaan iaitu aktiviti memucang-mucang oleh ahli jawatankuasa dari pukul 10 pagi hingga 2 petang, manakala itu, pada hari kedua, acara diteruskan dengan aktiviti memasak dan membungkus juadah.

    Antara yang hadir bagi sama-sama mengungkayahkan projek berkenaan ialah ahli Majlis Mesyuarat Negara (MMN), Yang Berhormat Awang Abdul Aziz bin Haji Hamdan selaku Pengerusi Kumpulan IMPAK Penggerak Belia Daerah Tutong; dan Pengurus PKWE Daerah Tutong, Haji Hamaffi bin Mohd Yassin.

    Sementara itu, sesi penghantaran juadah kepada golongan sasaran projek berkenaan menumpukan kepada dua lokasi iaitu Kompleks Chempaka, Pekan Tutong dan Rumah Pekerja Tapak Pembinaan Kubur Kampung Suran.

    Turut menjayakan projek berkenaan ialah beberapa orang sukarelawan dari aplikasi Mengalinga. Projek berkenaan juga bermatlamat untuk meningkatkan kesedaran masyarakat untuk menerapkan prinsip keadilan dan kesetaraan terutama kepada golongan pekerja asing di negara ini tanpa mengira agama, bangsa dan status.

    Yang Berhormat Awang Abdul Aziz, Haji Hamaffi dan ahli jawatankuasa bersama para sukarelawan bergambar ramai pada majlis berkenaan. – GAMBAR OLEH NURDIYANAH R.
    Antara ahli Kumpulan IMPAK Penggerak Belia Daerah Tutong dan PKWE Daerah Tutong yang bekerjasama mengungkayahkan projek berkenaan. – GAMBAR OLEH NURDIYANAH R.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...