Saturday, April 27, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    271kg sampah dikumpul

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 24 OKT– Sebanyak 271kg sampah berjaya dikutip dalam aktiviti Beach Plogging Cleanup anjuran Kumpulan Plocka, dengan kerjasama Ashabul Halim, sebuah organisasi bukan kerajaan bertempat di Pantai Muara kelmarin.

    Seramai 61 orang mengambil bahagian dalam acara itu, termasuk mahasiswa dan mahasiswi Universiti Brunei Darussalam (UBD).

    Antara tujuan acara diadakan adalah untuk meningkatkan kesedaran menjaga alam sekitar serta mempromosi gaya hidup sihat. Selain meningkatkan kesedaran tentang perlindungan alam sekitar dan pencemaran marin, menyumbang kepada kebersihan laut dan pantai di Brunei dan menyumbang kepada kitar semula sisa dan sampah di negara ini.

    Aktiviti bermula dengan taklimat mengenai butiran acara, arahan dan keselamatan sebelum kempen kebersihan. Setiap beg plastik yang dikumpul kemudiannya ditimbang dan dikelaskan mengikut kumpulan. Daripada 271kg sampah yang dikutip, 146kg terdiri daripada plastik. Sisa dan sampah yang dikumpul seterusnya dihantar ke syarikat kitar semula.

    Acara itu juga dimeriahkan dengan aktiviti mencari harta karun yang terbuka kepada semua peserta, di mana para peserta berpeluang memenangi hadiah menarik berupa baucar.

    Ketua kumpulan, pelajar kejuruteraan dari UBD, Awang Abdul Rahim Haji Shufian berkata, “Kempen kebersihan pantai plogging dianjurkan oleh 11 pelajar UBD sebagai sebahagian daripada modul pengurusan UBD mereka. Objektif pasukan adalah untuk mempromosi gaya hidup sihat selain menyumbang kepada kebersihan pantai di Brunei.

    “Inilah masanya apabila pasukan kami, Plocka mula mengemukakan idea untuk menganjurkan acara membersihkan pantai plogging dengan bantuan Ashabul Halim.

    Plogging merupakan aktiviti berjoging sementara mengutip sampah, yang selaras dengan objektif kami.”

    Antara peserta yang mengambil bahagian dalam kempen kebersihan di Pantai Muara baru-baru ini.
    Gambar ramai peserta yang mengambil bahagian dalam aktiviti tersebut.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    PM Jepun akan lawat Perancis, Brazil dan Paraguay

    TOKYO, 26 APRIL - Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida akan melawat Perancis, Brazil dan Paraguay minggu depan ketika negaranya berusaha untuk meningkatkan hubungan dengan...