Saturday, April 27, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    3.2 juta penduduk Puerto Rico tanpa bekalan elektrik

    WASHINGTON, 8 APRIL – Seramai 3.2 juta penduduk Puerto Rico masih mengalami gangguan bekalan elektrik sejak Rabu, lapor United Press International (UPI).

    Syarikat pembekal elektrik, LUMA Energy dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa pihaknya sedang bertungkus lumus membaik pulih bekalan dan setakat ini 300,000 penduduk sudah merima semula bekalan elektrik.

    “Punca gangguan itu masih disiasat untuk mengenal pasti sama ada ia berpunca akibat kebakaran di loji janakuasa Costa Sur di bandar Guayanilla,” menurut syarikat itu.

    Sehubungan itu, perniagaan dan pejabat kerajaan masih ditutup, kelmarin.

    Buat masa ini, pihak pembekal belum dapat memastikan bila bekalan akan pulih sepenuhnya. – Bernama

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...