Saturday, April 27, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    30 pelajar SMAS sertai Program HAPPY

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 21 NOV – Kira-kira 30 orang pelajar Tahun 8 hingga 10, Sekolah Menengah Awang Semaun (SMAS) mengambil bahagian dalam Program Kesedaran HIV bagi Belia dan Rakan Sebaya (HAPPY) anjuran Majlis AIDS Brunei Darussalam (BDAIDS) sebagai sebahagian daripada program kesedaran sekolah berkenaan pada 19 November lalu.

    Program HAPPY merupakan sebuah projek yang diterajui oleh belia yang dikendalikan oleh Majlis BDAIDS untuk menyebarkan kesedaran mengenai HIV termasuk ilmu pengetahuan mengenai kehamilan remaja serta jangkitan penyakit seksual (STI) dalam kalangan remaja dan belia.

    Mewakili Majlis BDAIDS untuk menyampaikan ceramah ialah Penyelaras Projek HAPPY, Dayang Siti Kailene Jazlan Kashfi serta sukarelawan-sukarelawan daripada Pasukan HAPPY.

    Semasa ceramah berkenaan, Dayang Siti Kailene mengongsi statistik tempatan terkini STI dan kehamilan remaja dengan mengetengahkan usia serta jantina yang mendominasi statistik itu.

    Beliau turut menyatakan bahawa angka itu boleh dikurangkan dengan mengamalkan sikap berpantang sebagai sebahagian daripada kaedah untuk mencegah golongan belia daripada terlibat dalam sebagai tabiat berisiko yang boleh membawa kepada jangkitan STI, hamil di luar nikah atau perkahwinan muda.

    Program itu merupakan program interaktif yang menggabungkan audio dan visual serta aktiviti interaktif bagi menyampaikan mesej kepada golongan muda di mana mesej-mesej yang disampaikan dengan disesuaikan kepada situasi tempatan.

    Majlis BDAIDS berharap supaya para pelajar akan membawa pulang mesej-mesej yang disampaikan sebagai sebahagian daripada proses pembelajaran mereka serta untuk dilaksanakan dalam gaya hidup seharian mereka.

    Dayang Kailene menyampaikan taklimat kepada pelajar-pelajar semasa majlis berkenaan. – Gambar serahan Majlis BDAID
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...