Saturday, April 27, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    340 pemimpin pendidikan sertai sesi dialog

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 14 NOV – Kementerian Pendidikan melalui Jabatan Pengurusan Pendidik telah mengadakan Sesi Dialog Ketua-ketua Jabatan Kementerian Pendidikan bersama Pemimpin-pemimpin Sekolah sempena Majlis Konvensyen Pemimpin Sekolah kali kelima, Tahun 2023 yang berlangsung selama dua hari iaitu pada 12 November di Dewan Persidangan BRIDEX, Jerudong dan hari ini secara maya.

    Seramai 340 orang pemimpin sekolah rendah, menengah, maktab dan pusat tingkatan enam kerajaan dari Kementerian Pendidikan dan Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) telah menyertai sesi dialog tersebut.

    Hadir selaku tetamu kehormat ialah Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras), Kementerian Pendidikan, Dr Shamsiah Zuraini Kanchanawati binti Haji Tajuddin. Acara dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada Pemangku Pengarah Pengurusan Pendidik, Dayang Masdiah binti Haji Tuah, selaku pengerusi dan diikuti dengan ucapan daripada tetamu kehormat.

    Acara diteruskan dengan ceramah kepimpinan dalam Islam bertajuk ‘Kepimpinan Islam Melalui Teladan Nabi Muhammad SAW’ yang disampaikan oleh Ketua Unit Hal Ehwal Antarabangsa dan Pensyarah di Fakulti Pengurusan Pembangunan Islam, Universiti Islam Sultan Sharif Ali, Dr Mohammad Hilmy Baihaqy bin Haji Yussof.

    Acara diteruskan dengan bengkel bagi semua pemimpin sekolah bertajuk Learning Assessment Framework yang diketuai oleh Pemangku Pengarah Peperiksaan, Awang Shahrizal bin Haji Emran.

    Antara pemimpin-pemimpin sekolah rendah, menengah, maktab dan pusat tingkatan enam kerajaan yang hadir semasa majlis berkenaan.

    Dalam bengkel berkenaan, para pemimpin sekolah terlibat dalam beberapa aktiviti untuk sama-sama membincangkan dan memberi sumbangan perspektif bagi membentuk garis panduan penilaian di sekolah yang berguna dan berkesan.

    Sementara itu, perisian sesi dialog pada hari kedua, yang diadakan pada hari ini melibatkan Dialog Ketua-ketua Jabatan Kementerian Pendidikan bersama Pemimpin-pemimpin Sekolah yang disampaikan oleh Ketua Unit SEPaDU (Strategic Enterprise Performance Delivery Unit), Awang Wan Abdul Rahman bin Wan Ibrahim.

    Sementara Digital Citizen-ship in Education disampaikan oleh Pemangku Pengarah Perkembangan Kurikulum, Awang Ali Hamdani bin Haji Mohd Diah, dan Blended Learning disampaikan oleh Pegawai di Pusat Teknologi Pendidikan, Awang Abdul Walid bin Haji Misli.

    Sesi hari ini diakhiri dengan perkongsian resolusi iaitu hasil daripada Bengkel Assessment Framework yang disampaikan oleh Pemangku Yang Di-Pertua Majlis Pemimpin Sekolah Brunei Darussalam, Awang Mohammad bin Haji Suhaili.

    Ia diikuti dengan ucapan penutup yang disampaikan oleh Ketua Unit Kepimpinan Sekolah, Bahagian Perancangan dan Pembangunan Kerjaya, Jabatan Pengurusan Pendidik, Pengiran Hajah Mashayu binti Pengiran Haji Yusof, selaku Ketua Sekretariat Majlis Konvensyen Pemimpin Sekolah.

    Tema bagi sesi dialog ini dan Majlis Konvensyen Pemimpin Sekolah tahun 2023 ialah ‘Pemimpin Berkualiti, Pendidikan Berkualiti’ dengan fokus kepada ‘Penilaian’ sebagai sub tema.

    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...