Sunday, April 28, 2024
25.3 C
Brunei

    -

    Saya pernah beri peluang Aidil bertemu anak – Rita

    Pelakon Rita Rudaini, 47, meluahkan kekecewaan sering dianggap belum ‘move on’ dengan perpisahan bersama pemain bola sepak, Aidil Zafuan Abd Radzak gara-gara kerap mengeluarkan kenyataan berkaitan bekas suaminya itu.

    Rita berkata, dia sudah lama melupakan episod perpisahan dengan bintang bola sepak kebangsaan itu, tetapi membuka mulut apabila ditanya. Bagaimanapun, kenyataannya sering disalah tafsir sehingga dituduh gemar menjaja keburukan bekas suami.

    “Orang sering kata saya yang memulakan sedangkan saya hanya menjawab pertanyaan orang.

    “Tetapi jawapan saya sering dijadikan tajuk berita, kalau tak jawab dituduh tidak beradab,” katanya yang ditemui pada sidang media Starvendors KLCC Mega Raya Fest 2024 di Subang Jaya, semalam.

    Ibu kepada dua cahaya mata, Airit Rayyan Rizqin, 15, dan Airit Qaqa Arjuna, 13, itu berkata, dia bahagia menjalani kehidupan bertiga sejak lebih sedekad lalu. Kehidupan bersama anak-anaknya sudah cukup sempurna biarpun tanpa lelaki bergelar suami di sisi, lapor BH Online.

    Rita bahagia menjalani kehidupan bertiga bersama anak-anaknya sejak lebih sedekad lalu. – mStar

    Kata Rita, dia juga enggan mengingati memori hitam alam rumah tangganya kerana perkara itu akan menjejaskan emosi dan bimbang bakal memberi kesan kepada anak-anak.

    “Cukuplah saya tak mahu ingat lagi. Kalau diingat-ingatkan, saya tak boleh tumpukan perhatian dan jadi nak marah.

    “Saya dengan anak-anak sudah biasa dan gembira biarpun hanya hidup bertiga.

    “Bukan saya tak bagi peluang kepada bekas suami berjumpa anak-anak, saya pernah bagi due date kepadanya bertemu sebelum anak masuk tadika, tapi malangnya tiada usaha di pihak sana,” katanya.

    Tambahnya, dia turut memberi peluang sehingga anak-anak memasuki darjah satu, tetapi masih tiada maklum balas daripada Aidil menyebabkannya putus asa. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...