Saturday, April 27, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    749 pelajar baharu mendaftar ke sekolah Arab

    Oleh Nurdiyanah R
    Gambar serahan KHEU

    BANDAR SERI BEGAWAN, 6 FEB – Seramai 749 orang pelajar baharu Sanah 5 mendaftar ke sekolah-sekolah Arab di seluruh negara bagi penggal baharu persekolahan 2022, kelmarin, dengan sesi pendaftaran kemasukan diadakan serentak secara dalam talian melalui aplikasi Microsoft Teams.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan Jabatan Pengajian Islam (JPI), Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), daripada jumlah tersebut, seramai 329 pelajar lelaki telah didaftarkan di Sekolah Arab Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Kampung Rimba; 324 pelajar perempuan di Sekolah Persediaan Arab Bandar Seri Begawan (BSB); dan Ma’had Islam Brunei, Daerah Tutong menerima 21 pelajar lelaki dan 28 pelajar perempuan.

    Sementara itu, di Sekolah Arab Belait mencatatkan sembilan pelajar lelaki dan 22 pelajar perempuan; dan Sekolah Arab Temburong pula mene-rima 10 pelajar lelaki dan enam pelajar perempuan.

    Sehubungan itu, program Minggu Taaruf bagi pelajar Sanah 5 baharu akan dijalankan selama dua hari bermula esok secara dalam talian.

    Kenyataan menyatakan, antara perisian program berkenaan adalah pengenalan etos dan budaya sekolah, pengenalan asas Bahasa Arab, ceramah motivasi, taklimat kesihatan, taklimat disiplin, melancarkan bacaan Sayyidul Istighfar dan Doa Terhindar dan Terselamat daripada Wabak COVID-19.

    Kewujudan sekolah-sekolah Arab di negara ini adalah sangat signifikan yang berkait rapat dengan usaha kerajaan bagi melahirkan rakyat yang berpengetahuan tinggi, khususnya di bidang ugama dan seterusnya nanti akan berperanan bagi mengukuhkan penghayatan hidup beragama di negara ini.

    Sesi pendaftaran kemasukan pelajar-pelajar baharu Sanah 5 sekolah-sekolah Arab di seluruh negara dijalankan secara dalam talian.
    Antara pelajar yang mendaftar ke Sekolah Arab Belait bersama ibu bapa mereka.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...