Saturday, April 27, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Lelaki tembak mati empat ahli keluarga

    CORSICANA, TEXAS, 6 FEB – Seorang lelaki bersenjata di Texas membunuh empat ahli keluarganya, termasuk seorang kanak-kanak, sebelum menembak dirinya ketika pegawai polis mendekati kenderaannya, kata polis semalam.

    Ketua Polis Corsicana, Robert Johnson memberitahu akhbar Corsicana Daily Sun bahawa satu kejadian tembakan dilaporkan semalaman di Corsicana, kira-kira 80 kilometer dari selatan Dallas, dan tembakan kedua dilaporkan oleh pihak berkuasa di Frost, 32 kilometer dari barat Corsicana.

    Suspek dikenal pasti sebagai Kevin Milazzo, 41 tahun. Bapa tiri Milazzo dan ibunya, William dan Connie Mimms, juga terbunuh.

    Mangsa lain adalah anak lelaki suspek berusia 21 tahun, Joshua Milazzo, dan Hunter Freeman, anak lelaki bekas teman wanita suspek, 4 tahun.

    Dua orang juga cedera dalam kejadian di Corsicana dan mangsa ketiga cedera di Frost, kata Johnson.

    Ketiga-tiga mangsa dimasukkan ke hospital dalam keadaan kritikal, katanya. Pihak berkuasa berkata mereka belum mengeluarkan nama mangsa yang cedera.

    Johnson berkata kenderaan suspek ditemui dengan menggunakan GPS dan polis meminta bantuan perkhidmatan pengawasan untuk mematikan enjin kenderaan.

    Menurut Johnson, pegawai mendekati kenderaan dan mendapati lelaki itu berada di dalam dengan luka tembakan di kepala dan dia meninggal dunia di hospital. Nama lelaki bersenjata juga tidak didedahkan. – AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...