Saturday, April 27, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    8 warga Myanmar, tekong darat ditahan di pasar borong KL

    KUALA LUMPUR, 17 OGOS – Lapan warga Myanmar dipercayai baru tiba di negara ini ditahan dalam operasi bersepadu di sekitar Pasar Borong Kuala Lumpur di sini hari ini.

    Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Yahaya Othman berkata turut ditahan dalam operasi berkenaan seorang lelaki tempatan dipercayai tekong yang membawa semua warga Myanmar itu ke pasar borong berkenaan pagi ini.

    “Kesemua lelaki yang ditahan berumur lingkungan 20 hingga 40 tahun, mereka ditahan mengikut Seksyen 5 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007,” katanya dalam sidang media selepas operasi berkenaan.

    Turut hadir Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Jalaluddin Alias dan Ketua Polis Daerah Sentul ACP Beh Eng Lai.

    Menurut Yahaya dalam operasi berkenaan, pihaknya turut menahan 18 warga asing kerana positif dadah. – Bernama

    Datuk Seri Jalaluddin Alias (tengah) bersama Datuk Yahaya Othman (kiri) meninjau operasi bersepadu yang dilakukan terhadap warga asing di sekitar Pasar Borong Kuala Lumpur kelmarin. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...