Saturday, April 27, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Adik tiri ketua ARSA ditahan

    COX’S BAZAR, BANGLADESH, 16 JAN – Polis Bangladesh hari ini berkata mereka berjaya menangkap adik-beradik kepada pemimpin pemberontak yang terkenal di mana organisasinya didakwa sebagai pembunuh dan pengedar dadah di kem pelarian Rohingya.

    Negara itu menjadi tempat tinggal bagi kira-kira 850,000 penduduk tidak mempunyai negara minoriti Muslim, yang tinggal di gelandangan dan kawasan penuh sesak selepas melarikan diri daripada diskriminasi dan keganasan di negara jiran, Myanmar.

    Kumpulan militan The Arakan Rohingya Salvation Army (ARSA) didakwa membunuh ahli pembangkang politik, menjalani kegiatan pengedaran dadah dan menyebabkan ketakutan ke atas kem pelarian.

    Mohammad Shah Ali, ditahan lewat kelmarin oleh pasukan polis elit, merupakan abang tiri kepada pemimpin ARSA, Ataullah Abu Ammar Jununi.

    Dia ditangkap di kem berhampiran bandar tepi pantai, Cox’s Bazar bersama ‘senjata dan dadah,’ menurut kenyataan pihak polis.

    Pegawai pemerintah, Naimul Hague memberitahu AFP bahawa Ali mengakui mempunyai hubungan dengan ARSA dan ‘Ataullah sering berhubung dengannya’.

    Dia juga berkata polis telah menyelamatkan seorang mangsa yang diculik oleh Ali, tanpa memberikan butiran lanjut.

    Seorang pelarian Rohingya di kem Nouakar Mat mengesahkan penangkapan itu kepada AFP.

    “Semua orang di sini takut kepadanya,” kata Mohammad Salim. “Dia menggunakan kekerasan terhadap kami.”

    Penangkapan Ali adalah penahanan berprofil tinggi ahli ARSA sejak kumpulan itu dituduh membunuh pemimpin komuniti berpengaruh Rohingya, Mohib Ullah pada September, dan membunuh tujuh yang lain.- AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...