Friday, April 26, 2024
33.6 C
Brunei

    -

    Afieq Shazwan bimbang hilang punca rezeki

    Gara-gara dijangkiti virus COVID pada Februari lalu, penyanyi Afieq Shazwan mengakui sukar untuk menyanyi lagu nada tinggi.

    Afieq atau nama sebenarnya Muhammad Syafieq Shazwan Zamros, 25, meluahkan rasa bimbang perkara itu akan menjejaskan punca rezekinya sebagai penyanyi.

    “Selepas sembuh dari jangkitan COVID saya susah untuk menyanyikan lagu nada tinggi.

    “Selain itu saya juga mudah penat walau hanya selepas menyanyikan satu lagu.

    “Perkara ini membuatkan saya bimbang kerana menyanyi adalah punca rezeki saya. Takut ia akan kekal untuk tempoh masa lama,” katanya.

    Afieq Shazwan mengakui sukar untuk menyanyi lagu nada tinggi. – Agensi

    Dalam masa sama, Afieq juga takut jika dia gagal memberi persembahan terbaik setiap kali menerima undangan.

    Bagi memastikan tahap kesihatan vokal sentiasa dalam keadaan baik, Afieq mendapatkan nasihat doktor dan turut mengamalkan petua sendiri.

    “Selepas merujuk kepada doktor, saya diberitahu kesan yang saya alami ini mungkin berlarutan selama tiga hingga enam bulan.

    “Saya jadi takut untuk menyanyi kerana khuatir tidak boleh memberikan persembahan terbaik.

    “Buat masa sekarang saya hanya amalkan minuman air lemon yang dicampur dengan madu untuk pulihkan suara serta pernafasan,” jelasnya.

    Sementara itu, Afieq yang pernah berhadapan dengan situasi banjir teruk pada Disember lalu mengakui masih merasa trauma sehingga hari ini.

    Kata Afieq, dia akan sentiasa menghubungi keluarganya jika berlaku hujan lebat walau ia bukan di kawasan rumahnya.

    “Kalau dengar hujan mesti saya akan jadi trauma dan risau walau ia berlaku di tempat lain. Jadi saya akan hubungi ibu untuk bertanyakan keadaan keluarga.

    “Kami tidak berhasrat untuk pindah kerana sudah selesa tinggal di situ, cuma saya ada perancangan untuk beli rumah sendiri tahun ini,” ujarnya. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...