Friday, April 26, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Afieq Shazwan tak boleh terlalu penat bekerja

    Disebabkan jadual kerja terlalu padat dan kurang waktu berehat, penyanyi dan pelakon Afieq Shazwan berkata dia pernah jatuh pengsan pada awal Ramadan lalu.

    Kata Afieq atau nama sebenarnya Muhamamd Afieq Shazwan Zamros, 25, dia juga mengalami masalah tekanan darah rendah dan kejadian itu bukan kali pertama berlaku.

    Dalam pada masa yang sama, bagi memastikan dapat meluangkan lebih banyak masa bersama keluarga, Afieq tidak mengambil banyak tawaran kerja sepanjang Ramadan lalu.

    Pengalaman beberapa kali berbuka puasa di set penggambaran sebelum ini membuatkan Afieq nekad untuk lebih memilih tawaran kerja.

    “Rasanya tahun-tahun sebelum ini saya banyak kali berbuka di set sahaja sehingga jarang dapat meluangkan masa bersama keluarga di bulan Ramadan.

    “Jadi tahun ini memang saya tidak terima banyak tawaran kerja. Saya juga perlu berehat dan memberi tumpuan kepada keluarga,” jelasnya.

    Sementara itu, sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini pula, Afieq mengambil cuti selama dua minggu supaya dapat pulang ke kampung di Muar, Johor.

    Menurut Afieq selapas dua tahun tidak dapat merasakan suasana meriah berhari raya, ini adalah masa untuk dia berjumpa saudara-mara. – Agensi

    Afieq kurang waktu rehat akibat terlalu sibuk dengan jadual kerja. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...