Friday, April 26, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Aku bukan jodohnya – Shuk Sahar

    Pelawak Shuk Sahar menimbulkan tanda tanya dalam kalangan peminat apabila memuat naik video berada di sebuah mahkamah bersama seorang peguam di laman sosial Tiktok miliknya.

    Mengenakan kemeja hitam dan bersongkok, video itu seolah-olah memberi bayangan terkini tentang status rumah tangganya dengan isteri, Rossa Sera yang sedang bergolak.

    “Aku bukan jodohnya. Aku titipkan dia, lanjutkan perjuanganku, semoga dipermudahkan segalanya,” tulis Shuk pada kapsyen video tersebut.

    Bagaimanapun usaha mStar untuk mendapatkan kenyataan daripada Shuk mahupun isterinya, Rossa gagal apabila kedua-duanya tidak memberi respons terhadap mesej yang dihantar.

    Sementara itu, rata-rata warganet meluahkan rasa sedih melihat perjalanan hidup pasangan itu namun berharap pelawak itu mengambil pengajaran atas apa yang berlaku.

    Rossa (kanan) sebelum ini pernah mendedahkan sudah memfailkan cerai terhadap Shuk pada November tahun lalu. – Agensi

    “Moga menjadi pengajaran hidup dan segala yang berlaku ada sebabnya. Allah itu Maha Adil, tidak ada yang berlaku dengan sia-sia tanpa kehendaknya.

    “Bersyukur la dengan setiap nikmat rezeki yang Allah bagi. Bila dia nak ambil semula sekelip mata saja semua boleh hilang. Terus kuat dan belajar daripada kesilapan,” komen beberapa warganet.

    Baru-baru ini, Rossa muncul menerusi program MeleTOP menjelaskan hubungan mereka sudah menemui noktah dan sudah mengambil keputusan terbaik untuk kedua-dua belah pihak.

    “Sampai satu tahap saya rasa tidak boleh maafkan dia lagi kerana itu hanya akan menyakiti diri sendiri,” katanya.

    Untuk rekod, Sera atau Rossalennah Natassyiah Asshaferah sebelum ini pernah mendedahkan sudah memfailkan cerai terhadap Shuk pada November tahun lalu.

    Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Nur Qurratu Ain, 5 dan Nur Assyifatu Aimi, 2 tahun. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Saintis China bina model 3D embrio manusia berusia 3 minggu

    BEIJING, 25 APRIL - Para saintis China membina semula model 3D embrio manusia dalam tempoh dua hingga tiga minggu selepas persenyawaan, yang membuka laluan...