Sunday, September 24, 2023
21.9 C
Brunei

    -

    Al-Quran berusia 500 tahun selesai dipulih

    TAIPEI, 7 JUN – Pemulihan Al-Quran tulisan tangan berusia 500 tahun di Taiwan selesai pada Ahad, menurut Yayasan Amal Buddha, Tzu Chi.

    Manuskrip setebal 500 muka surat yang lusuh akibat faktor peredaran masa diberikan kepada pengasas yayasan amal itu, Cheng Yen sebagai hadiah pada tahun 2020 oleh sukarelawan Muslim Tzu Chi, Faisal Hu, dari Turkiye.

    Bagaimanapun, Cheng Yen mene-mui kumbang rokok sejenis pepijat yang biasa ditemukan dalam buku lama pada manuskrip itu dan meminta bantuan Perpustakaan Negara Taiwan melalui Hu dan seorang lagi sukarelawan Wu Ying-mei, yang merupakan timbalan pengarah perpustakaan ketika kejadian, menurut perpustakaan berkenaan.

    Menurut Agensi Berita Pusat (CNA), pemulihan manuskrip itu mengambil masa 35 bulan, termasuk jeda kira-kira satu setengah tahun akibat pandemik COVID-19, sebelum Hu, pengarah perpustakaan Tsao Tsui-ying dan pemulih dari ‘Hospital Buku’ perpustakaan menyerahkan Al-Quran yang siap dipulihkan kepada Cheng Yen. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Lebih 30,000 orang dibawa ke hospital akibat strok haba

    TOKYO, 22 SEPT – Jepun pada Ogos menyaksikan sejumlah 34,835 individu dibawa ke hospital di seluruh negara dengan gejala strok haba, ketika negara itu...