Sunday, April 28, 2024
24.2 C
Brunei

    -

    Anak gajah diselamat dari lurang

    BANGKOK, 14 JULAI – Seekor anak gajah berjaya diselamatkan dalam insiden dramatik dari sebuah lubang di tengah Thailand selepas ibunya yang diberikan sedatif untuk membantu mengeluarkan anaknya, tumbang ke dalam lubang tersebut, kata para pegawai hidupan liar.

    Anak gajah itu terjatuh ke dalam lurang di pinggir padang golf Royal Hills di wilayah Nakhon Nayok pada awal pagi kelmarin.

    Ibunya yang bimbang, dipercayai berasal dari kumpulan gajah yang membuat perjalanan ke hutan berhampiran, tetapi tetap berada di samping anaknya kerana ia tidak dapat keluar dari lubang tersebut.

    Kedua-duanya disedari oleh penduduk setempat yang segera memaklumkan pegawai hidupan liar dan pihak berkuasa Taman Negara Khao Yai.

    Para penyelamat pada awalnya tidak dapat membantu menyelamatkan anak gajah tersebut disebabkan keha-diran ibunya itu, bagaimanapun, pihak berkuasa terpaksa memberikan sedatif kepada ibunya.

    Malangnya, ibu gajah itu kemudian tumbang ke dalam lubang sebelum ditarik keluar menggunakan jentera pengorek, menurut Jabatan Taman Negara, Hidupan Luar dan Pusat Pemuliharaan Tanaman.

    Anak gajah akhirnya dapat dikeluarkan dari lurang dan bersatu bersama ibunya, dengan pihak berkuasa taman mengesahkan kedua-dua haiwan itu selamat kembali ke hutan. – AFP

    Ibu gajah diangkat keluar dari lubang semasa operasi untuk menyelamatkan anak gajah yang terjatuh ke dalam lurang di tengah Thailand. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...