Monday, March 27, 2023
25.5 C
Brunei

-

Anak ugut ibu dengan parang ketahui nasib 9 Julai ini

Oleh Ak Zaki Kasharan

BANDAR SERI BEGAWAN, 20 JUN – Seorang lelaki tempatan berusia 38 tahun bakal mengetahui nasibnya pada 9 Julai kerana mengugut ibunya dengan bersenjatakan parang.

Pada 16 Jun 2022, Mohamad Alizul bin Ahmad telah mengaku bersalah atas kesalahan di bawah Seksyen 506 Kanun Hukuman Jenayah, Penggal 22 di hadapan Hakim Mahkamah Perantaraan Pengiran Masni binti Pengiran Haji Bahar.

Defendan melakukan kesalahan itu pada 14 Mei 2022 selepas menerima pesanan suara daripada bekas isterinya bahawa dia telah dihalau keluar dari rumah ibunya.

Defendan kemudiannya pulang ke rumahnya di Kampung Peramu dan rumah lain di Sungai Kebun untuk mencari bekas isterinya itu.

Setelah tidak berjaya menemuinya, dia pun pulang ke rumah ibunya hingga berlaku pertengkaran.

Namun ibunya menafikan hal itu sehingga menyebabkan defendan mengambil parang.

Defendan mengugut ibunya dengan mengacukan parang ke muka ibunya sambil berkata, “Saya akan bunuh kamu, jika isteri saya tidak pulang, kita berdua akan mati bersama.”

Dia kemudian mengejar ibunya di sekitar rumah yang menyebabkan ibunya melarikan diri ke rumah jirannya dan bersembunyi di dapur.

Disebabkan takut nyawanya terancam, ibu defendan membuat laporan polis yang membawa kepada penahanan defendan.

Kes ditangguhkan sehingga 9 Julai bagi hukuman dijatuhkan. Sementara itu, kes pendakwaan dijalankan oleh Pegawai Pendakwa Hajah Atiyyah Azzahra binti POKLSDSLJ Haji Abas.

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Menteri luar NZ luah kerisauan terhadap china

BEIJING, 26 MAC - Menteri Luar New Zealand, Nanaia Mahuta telah menyatakan kebimbangan kepada China mengenai sebarang peruntukan bantuan mematikan untuk menyokong Rusia dalam...
- Advertisment -