Saturday, April 27, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Anak yatim terus dapat perhatian

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 21 APRIL – Seramai 40 orang anak yatim yang terdiri daripada anak-anak warga Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya yang telah kembali ke rahmatullah, menerima sumbangan dalam majlis yang berlangsung di Ruang Legar, Kementerian Pembangunan, hari ini.

    Hadir selaku tetamu kehormat dan menyempurnakan penyampaian sumbangan ialah Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Ir Haji Suhaimi bin Haji Gafar.

    Turut hadir ialah Timbalan Menteri Pembangunan, Dato Seri Paduka Ar Haji Marzuke bin Haji Mohsin, setiausaha tetap dan timbalan-timbalan setiausaha tetap, ketua-ketua jabatan serta ketua-ketua divisyen dan unit di kementerian berkenaan.

    Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah sebelum penyampaian sumbangan kepada anak-anak yatim yang disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato.

    Derma yang disampaikan adalah sumbangan daripada pihak pengurusan atasan, pegawai dan kakitangan Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya.

    Majlis itu merupakan aktiviti tahunan yang dikendalikan bagi menyemai rasa tanggungjawab para pegawai dan kakitangan dalam sama-sama membantu serta memeduli anak-anak yatim di samping menggalakkan warga kementerian untuk memperbanyakkan amalan bersedekah dalam bulan Ramadan.

    Yang Berhormat Dato Seri Setia Ir Haji Suhaimi menyempurnakan penyampaian derma kepada anak-anak yatim Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya yang berlangsung di Ruang Legar, Kementerian Pembangunan, kelmarin.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    PM Jepun akan lawat Perancis, Brazil dan Paraguay

    TOKYO, 26 APRIL - Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida akan melawat Perancis, Brazil dan Paraguay minggu depan ketika negaranya berusaha untuk meningkatkan hubungan dengan...