Saturday, April 27, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    AS puji Abe ‘lelaki berwawasan’

    TOKYO, 11 JULAI – Ahli keluarga dan rakan-rakan bekas perdana menteri Jepun, Shinzo Abe yang dibunuh minggu lalu, telah memberi penghormatan hari ini sebelum pengebumiannya esok, ketika diplomat tertinggi Washington memuji bekas perdana menteri sebagai seorang ‘lelaki berwawasan’.

    Gabungan parti pemerintah Jepun sementara itu mengumumkan kemenangan dalam pilihan raya yang diadakan kelmarin, dua hari selepas Abe ditembak mati dalam acara kempen.

    Jasad Abe telah dipindahkan dari rumah keluarganya ke kuil Zojoji pada petang hari ini, di mana acara berkabung telah diadakan menjelang pengebumiannya esok.

    Terdahulu, Setiausaha Negara AS, Antony Blinken membuat lawatan tidak berjadual ke Jepun semasa membuat perjalanan di Asia untuk memberi penghormatan bagi pihak Washington.

    Beliau menyerahkan Perdana Menteri Fumio Kishida surat daripada Presiden AS, Joe Biden buat keluarga Abe dan berkata dia telah datang kerana ‘kita ada rakan dan apabila salah seorang kawan berdukacita, kawan akan hadir’.

    Abe ‘melakukan lebih banyak daripada sesiapa pun dalam meningkatkan hubungan dengan AS dan Jepun’, tambah Blinken, menggelarnya ‘seorang lelaki berwawasan dengan kemampuan untuk menyedari visi tersebut’.

    Setiausaha Perbendaharaan AS, Janet Yellen – di Tokyo bagi menghadiri mesyuarat menjelang perhimpunan ketua-ketua kewangan G20 di Bali – juga menghadiri acara berjaga-jaga sebelum pengebumian, begitu juga duta Rahm Emanuel, menurut pegawai perbendaharaan. – AFP

    Antony Blinken (tengah) ketika bercakap kepada media di samping Duta AS ke Jepun, Rahm Emanuel (tengah, kanan) di pejabat perdana menteri Jepun di Tokyo pada 11 Julai. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...