Saturday, April 27, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    ASEAN akan adakan mesyuarat khas mengenai Myanmar

    HANOI, 24 OKT – Menteri-menteri Luar ASEAN akan mengadakan mesyuarat khas di Indonesia pada Khamis (27 Oktober) untuk membincangkan proses damai Myanmar, menurut Kementerian Luar Kemboja, kelmarin.

    Mesyuarat akan diadakan di ibu pejabat Sekretariat ASEAN di Jakarta, antara lain akan membincangkan pelaksanaan Konsensus Lima Perkara mengenai situasi Myanmar dalam usaha menamatkan konflik di negara itu, lapor Agensi Berita Vietnam (VNA) memetik jurucakap kementerian Chum Sounry.

    Konsensus berkenaan dicapai pada mesyuarat pemimpin badan serantau itu di Jakarta April lalu yang antara lain menghentikan serta-merta keganasan di Myanmar dan semua pihak mengambil langkah untuk bertenang; dialog konstruktif antara semua pihak yang berkenaan akan dimulakan untuk mencari jalan penyelesaian damai demi kepentingan rakyat; duta khas Pengerusi ASEAN akan memudahkan perantaraan proses dialog dengan bantuan Ketua Setiausaha ASEAN; ASEAN akan memberikan bantuan kemanusiaan melalui Pusat AHA; dan duta khas serta delegasi akan melawat Myanmar untuk bertemu dengan semua pihak yang berkenaan.

    Pada Ogos, pemimpin Myanmar Jeneral Min Aung Hlaing berkata beberapa konsensus akan dilaksanakan tahun ini. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...