Saturday, April 27, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Augsburg nasib baik, hanya jarak 6 mata

    AUGSBURG, JERMAN, 7 APRIL – Pasukan Augsburg kini semakin menjauhi bahaya dari penyingkiran dalam Bundesliga dengan menewaskan Mainz 2-1, kelmarin.

    Pemain tengah berasal dari Switzerland, Ruben Vargas menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-56, memastikan kemenangan ketiga untuk Augsburg dalam empat perlawanan liga terakhirnya.

    Ia membawa pasukan tersebut melonjak naik di atas Wolfsburg yang pernah ditewaskan oleh Augsburg pada hujung minggu lalu dan menempatkan pasukan berkenaan di kedudukan ke-13, enam mata di atas zon penyingkiran dengan baki enam perlawanan.

    Sementara itu, sepakan penalti daripada Jeffrey Gouweleeuw pada minit ke-11 meletakkan Augsburg di hadapan sebelum pemain tengah Mainz menyamakan kedudukan menerusi Silvan Widmer pada minit ke-54.

    Marcus Ingvartsen melepaskan rembatan pada sepakan terakhir perlawanan tetapi malangnya tersasar, hampir sahaja memperoleh mata untuk Mainz.

    Pertemuan tersebut adalah perlawanan yang dijadualkan semula dari 12 Mac yang lalu kerana wabak koronavirus yang terjadi dalam pasukan Mainz. – AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...