Friday, April 26, 2024
33.6 C
Brunei

    -

    Aweera kekal imej rambut kerinting

    Penyanyi rock, Aweera mahu mengekalkan imej rambut kerinting biarpun ramai peminat suka dia berambut lurus.

    Aweera atau nama sebenar, Nasharul Aweera Norhissham, 30, lebih selesa berambut kerinting yang dianggap tanda dagang atau ‘trademark’ sejak menganggotai kumpulan Mojo pada 2012.

    “Sebenarnya, imej rambut lurus bukanlah baharu. Ketika sertai program One In A Million pada 2009, saya sudah tampil dengan imej rambut lurus.

    “Tetapi saya lebih selesa dengan rambut kerinting. Ramai peminat yang menyokong saya sejak bersama Mojo mahu saya kekal dengan imej rambut kerinting.

    “Saya hargai sokongan peminat dari dahulu.

    Aweera mahu mengekalkan imej rambut kerinting biarpun ramai peminat suka dia berambut lurus. – Agensi

    Bagaimanapun, saya tidak kisah meluruskan rambut jika ada permintaan ketika menjayakan persembahan,” katanya kepada wartawan.

    Sementara itu, penyanyi berasal dari Utan Aji, Perlis ini bersyukur menempa tiket ke peringkat akhir musim kelapan Gegar Vaganza (GV8).

    Dianggap calon bukan pilihan pada awal pertandingan, Aweera tidak mampu mengungkap rasa terharu apabila menjadi salah seorang finalis.

    Sehubungan itu, Aweera enggan mempersiakan peluang selepas hampir dua tahun kerjaya seninya terjejas akibat pandemik COVID-19. Dia terpaksa pulang ke Perlis gara-gara kos sara hidup yang tinggi di Kuala Lumpur.

    “Alhamdulillah, rezeki tidak pernah salah alamat. Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Pelan Pemulihan Negara (PPN) saya memang terkesan.

    “Bagaimanapun, saya percaya setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Apabila sudah lama tidak bekerja, tiba-tiba saya ditawarkan untuk menyertai GV.

    “Semestinya saya tidak mahu melepaskan peluang itu kerana GV adalah platform besar dan peluang untuk saya membuat ‘comeback’.

    “Saya tidak sangka berada sehingga ke tahap ini kerana semua peserta hebat-hebat belaka,” katanya.

    Aweera yang pernah merakamkan single berjudul Ku Di Sini pada 2009 berkata, selepas perjalanan dalam GV berakhir, dia mahu fokus kepada bidang nyanyian dengan menghasilkan lagu baharu.

    Masih memilih genre rock sebagai taruhan, Aweera bagaimanapun akan memberi suntikan baharu dengan memilih rock moden.

    Selain itu, Aweera yang juga vokalis kumpulan Pelita Lusoh sedia mencuba bidang lakonan sekiranya ada peluang.

    “Saya bersyukur, biarpun baru saja muncul kembali di dalam GV, rezeki saya dalam bidang nyanyian kian dipermudahkan. Saya mula menerima tawaran menjayakan majlis makan malam.

    “Saya juga sudah bersedia untuk mencuba bidang lakonan jika ada tawaran. Saya tidak akan menolak jika kena dengan jadual saya,” katanya. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...