Saturday, April 27, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    Badrul mahu pemain fokus atasi Kucing City FC

    KUALA TERENGGANU, 30 JUN – Pengendali Terengganu FC ll (TFC ll) Badrul Afzan Razali mahu anak buahnya melupakan episod malang ketika tewas mengejut kepada pasukan UiTM FC dalam saingan Liga Premier, Sabtu lalu.

    Sebaliknya, jurulatih berusia 46 tahun itu mahu pemain fokus dan bangkit merebut tiga mata ketika menentang Kuching City FC di laman sendiri malam esok.

    “Saya akui kekalahan mengejut 0-3 di tangan UiTM FC tempoh hari sememangnya tidak dijangka dan memberi tamparan hebat kepada skuad The Turtles.  “Bagaimanapun pemain perlu bangkit dengan prestasi terbaik bagi memastikan kemenangan menjadi milik kita,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

    Tambah beliau, pemain juga perlu memanfaatkan aksi di laman sendiri bagi mengumpul mata penuh seterusnya memperbaiki kedudukan pasukan yang kini menghuni tangga keempat liga dengan 19 mata.

    Dalam pada itu, Badrul Afzan turut melahirkan kegusaran dengan persiapan pasukan yang sedikit terjejas apabila beberapa pemainnya mengalami masalah kesihatan dan tidak dapat beraksi malam esok.

    Ia ditambah dengan ketiadaan pemain pertahanan import, Luke Woodland yang tidak dapat beraksi selepas digantung satu perlawanan.

    “Ketiadaan Jordan Mintah juga masih dirasai pasukan tetapi ini adalah peluang dan masanya untuk pemain tempatan menonjolkan keupayaan sebenar mereka.” – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...