Saturday, April 27, 2024
36 C
Brunei

    -

    Bandar Seri Begawan berwajah baharu

    Oleh James Kon

    BANDAR SERI BEGAWAN, 11 JULAI – Kedai-kedai lama di sepanjang Jalan Sultan Omar ‘Ali Saifuddien diberikan wajah baharu dengan dihiasi cat berwarna-warni yang menjadi sebahagian daripada usaha untuk mencantikkan lagi Bandar Seri Begawan.

    Kerja-kerja menaik taraf kedai-kedai di kawasan tersebut sedang giat diusahakan di mana para petugas mengecat bahagian luaran bangunan dengan warna-warna yang menarik.

    Salah seorang pengunjung, Awang Johari, semasa ditemu bual berkata, “Warna-warna yang digunakan sangat menarik. Saya menyukainya. Saya berharap inisiatif ini akan dapat menarik lebih ramai orang untuk datang ke kawasan ini dan menghidupkan suasana di sini.

    “Saya juga berharap usaha ini dapat dilaratkan ke daerah-daerah lain,” tambahnya.

    Projek tersebut merupakan usaha daripada Jabatan Bandaran Bandar Seri Begawan, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN) dan Kementerian Pembangunan yang telah dilancarkan pada Novermber lalu.

    Dalam fasa pertama projek tersebut, ia akan melibatkan aktiviti mengecat semula lima buah kedai rumah di sepanjang Jalan Roberts.

    Inisiatif tersebut juga merupakan salah satu daripada projek yang telah dikenal pasti di bawah Bandar Seri Begawan Master Plan untuk memeriahkan lagi kawasan tersebut.

    Sebahagian daripada rumah kedai di sepanjang Jalan Sultan Omar ‘Ali Saifuddien yang dinaik taraf.
    Sebahagian kedai lama di sepanjang Jalan Sultan Omar ‘Ali Saifuddien dihiasi cat berwarna-warni sebagai sebahagian daripada usaha untuk mencantikkan lagi Bandar Seri Begawan.

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...