Friday, April 26, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Bebas COVID, Park Seo Joon terus terbang ke Hungary

    Sebaik sahaja selesai jalani kuarantin akibat COVID, pelakon Park Seo Joon terus terbang ke Hungary untuk penggambaran filem terbaharu berjudul Dream.

    Memetik laporan Soompi, agensi Awesome ENT berkata kesihatan artis mereka itu juga sudah kembali sembuh dan akan pulang ke Korea sekitar bulan Mac.

    “Park Seo Joon sudah pergi ke Hungary untuk jalani penggambaran filem. Selepas selesai kuarantin, kesihatan dia pun sudah kembali pulih.

    “Kami pun sentiasa bekerja keras untuk menjaga kesihatannya supaya dia dapat menjalani penggambaran dalam keadaan selamat.

    “Sepatutnya dalam jadual, dia akan pulang semula ke Korea sekitar Mac ini juga,” katanya.

    Filem arahan pengarah Lee Byung Hun itu turut dibintangi pelakon dan penyanyi terkenal IU yang memegang watak utama. – Agensi

    Park Seo Joon terus terbang ke Hungary untuk penggambaran filem terbaharu berjudul Dream selepas selesai jalani kuarantin. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Saintis China bina model 3D embrio manusia berusia 3 minggu

    BEIJING, 25 APRIL - Para saintis China membina semula model 3D embrio manusia dalam tempoh dua hingga tiga minggu selepas persenyawaan, yang membuka laluan...